Thursday, November 30, 2006

sang adam dan hawa.berbisik di syurga.

mula mula berita penting.

pasukan bola sepak malaysia bermula garang di doha .
mereka tewas kepada oman...

arsengal , bangun setelah jatuh.
mereka tewas kepada fulham....

sekian.

si kacang.

dia merajuk , aku pujuk.
dia merajuk lagi , aku pujuk lagi.

aku pula cuba buat2 nak merajuk , tapi bila dia tgk aku merajuk , dia pun merajuk.
last2 aku juga yang pujuk.

tapi aku suka.

esok hari terakhir aku di sini.
dari jauh kelihatan beberapa warga uptm sedang berbual sakan.
dan aku tersenyum sendiri.tanpa sebarang alasan...

Monday, November 27, 2006

ada adik bertanya abangnya.

di kaca tv kelihatan pelakon ida nerina dengan pakaian 'stylo' nya.
bahu kiri tertutup manakala bahu kanannya terdedah.

adik: dia ingat lawa la baju mcm tu

abang: orang lelaki patut ada baju mcm ni.

adik: kenapa?

abang: kalau pergi umrah senang nak tawaf.


selamat hari lahir adikku , satu satunya adikku , farah farhanah.

Friday, November 24, 2006

bab 2 : mimpi dan alamat

suatu ketika dahulu , ibuku pernah bermimpi tentang puan seri (isteri menteri besar negeri sembilan ketika itu) datang berjumpa beliau dengan pakaian serba putih.

tidak berapa lama selepas itu , puan seri telah meninggal..

2 hari lepas , datin zainon , kawan beliau memberitahu bahawa dia telah bermimpi tentang ibuku.
datang kepadanya.
dengan pakaian serba putih...

si kacang bertanya,
"apasal awak mcm rileks je.."

karam singh walia pernah berkata ,
rumah terbakar nampak apinya , hati terbakar siapa yang tahu..

ok abaikan kata2 karam singh walia.
mcm tiada kaitan.

Tuesday, November 21, 2006

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

seorang pegawai sedang tersenyum ketika menerima pc barunya.

sedang aku memasang pc itu , dia bertanya,

"baru ke?"

aku menerangkan kepada beliau bahawa keseluruhan pc adalah baru termasuk lcd monitor dan wireless mouse dan keyboard.

kemudian beliau membuat muka blank selepas aku bercakap dengan panjang lebar.

kemudian brader jen bersuara , "ha ah baru..dia budak praktikal".

"oh.. praktikal.." kata pegawai itu.


i maluuuuuuuu....

Monday, November 20, 2006

menayar.

bagaimana weekend anda ?

aku menempuh malam minggu yang menyakitkan hati sebab arsengal draw 1-1.lagi.
same old story.

ahad malam pula sungguh mencabar.sila baca karangan di bawah.

MALAM AHAD SAYA.


pada hari ahad malam yang lepas, saya telah pergi ke open house dr badrul , timbalan pengetua kolej burhanudin helmi ukm.

tujuan saya menghadiri majlis ini ialah kerana saya hendak menunjukkan muka saya kepada beliau , jadi mungkin beliau akan membantu saya untuk stay kolej sem hadapan.
kalau tidak , saya memang malas hendak ke bangi.
keji kan perangai saya?

semasa dalam perjalanan ke bangi , saya merasakan sesuatu yang tidak kena.
rupa-rupanya tayar kereta telah terlanggar lobang dan pancit.
tapi saya tenang saja , sebab saya kan kool dan kacak.
eh eh tersyok sendiri pula saya.

ketika itu hujan renyai2 dan saya baru keluar dari tol seremban.
saya membuat keputusan untuk jalan dgn slow hingga ke hentian seremban.
sebab kalau saya berenti tepi kat lebuhraya itu , mungkin bahaya menanti dan saya taknak mandi hujan.

setelah sampai di hentian, saya pun menukar tayar kepada tayar 'spare'.
tapi saya berasa terkejut.
jek tiada........

kemudian datanglah seorang cina yang dengan baiknya meng'offer' diri beliau untuk menolong.
dan meminjamkan jek.
dan menukar tayar kereta.
dan menyuruh saya berteduh.
pendek kata , semua kerja beliau buat..

dan setelah selesai...dia pun pergi ke arah saya dan berkata

"semua rm30"


saya berasa terkejut dan berkata

"saya cuma nak pinjam jek aje..saya nak buat sendiri.."

akhirnya setelah saya mengayat beliau dengan penat , saya membayar beliau rm15..

setelah sampai di ukm saya pun pergi ke open house.
orang lain pakai baju melayu.
saya pakai jersey mexico.

tamat...

dr bad juga telah menyuruh aku membuat surat yang mengatakan aku ingin masuk kolej burhan selepas satu sem duduk rumah buat praktikal...

aku juga target mendapat 4 bintang setengah untuk karangan ini.

Thursday, November 16, 2006

kafe siber

di atas sebab2 tertentu , semalam aku sempat menyinggahkan diri di cyber cafe..
banyak betul orang kat situ..budak2 umur 4 tahun pon dah pandai lepak cc skarang.
dan harga sejam 1.50 je. murah kan?

aku cakap murah sebab aku pernah lepak di cyber cafe di beberapa tempat dan ia mmg sgt jauh berbeza dengan di cc yang aku pergi semalam...

ketika aku di Ho Chi Minh city , aku terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan internet.biasanya aku pergi sorg2 je sebab aku dah biasa kat sana.tempat itupun bukanlah cyber cafe , tapi hanyalah satu showroom mengenai sebuah perkhidmatan internet yang baru di situ.jadi orang ramai boleh testla internet service diorg power ke x..free beb..

dan , yang paling penting sekali ialah , ondway pergi ke situ , aku terpaksa menolak banyak pelawaan ayam atau pelacur yang anda boleh lihat di mana mana , dan harga mereka adalah sangat murah..

aku juga terpaksa mengisi satu borang survey untuk syarikat tersebut setiap kali selepas menggunakan internet..biasala diorg tanya pasal macamana service , kelajuan , mutu keunggulan dan macam2la..semua soalan aku tanda 5..maksudnya sangat baikla..

yela kan mestila sangat baik..dah kata free...

tapi hari2 amoi vietnam tu tgk aku nak kena isi survey..jadi dalam hari ke-4 dia pon dah malas dah nak hulur borang tu kat aku..

berbeza dengan vietnam , cyber cafe di istanbul pula aku bole lihat di merata rata tempat...

tapi cabaran pertama ialah rate internet di sana adalah sangat mahal..(dalam matawang euro) jadi aku tak bolehla nak lepak lama2..
dan cabaran ke-2 ialah , keyboard diorg adalah sangat susah nak guna..sebab diorg punya bahasa ada terlampau banyak character macam c bertitik 2 la , t berekor la jim mata satula blablabla...
jadi aku nak carik huruf a yang normal mmg susah..sampai nak log in e mail ambik masa jugakla..password asyik salah je..last2 budak kecik kat sebelah aku ajar kalau nak type a biasa kene picit alt+A....

oooo....mcm tu...
"bengap sungguh brader ni..badan besar gajah pon buta IT" kata budak kecik itu.

di beijing pula lagi teruk , diorg boleh charge 50 sen setiap minit..jadi aku sempat check result exam aku kat sana..adala dalam 8 minit..dah kena kuar 4 hengget..

hampeh nye cina..dah aa mata sepet (tetibe je nak emo)

di istanbul aku memberi msg kpd si kacang;

dear ilynn,
It is cold here. So cold, in a way that goes deep into your bones.
there's one place i can go to find warmth ,
and that's to think of you.

mula2 si kacang mcm happy la cakap aku suwwit la apela..
tapi lepas die tgk cite pearl harbor..
teros feel die hilang..
aku ambik ayat dari filem tu sebijik2 rupanya.

=)

Tuesday, November 14, 2006

transformasi ke stereo.

brader bo cakap , "kau kerja kat sini untuk menggemukkan badan"

aku gelak saje.

semalam ada makan makan.lagi.

semalam juga aku pergi memasang pc baru di jabatan perancang bandar dan desa .
siap dgn monitor lcd yg besar serta wireless keyboard dan mouse.
pengarah dan pegawai tertentu jela yang dapat..

memasang pc adalah senang, tapi aku harus menempuh pelbagai soalan seperti;



takkan 5 bijik je? abes kitorg yang lain tak ada?

pc ni tak datang dengan meja baru sekali ke?

ni bagus ke tak bagus komputer ni?

(,")

Thursday, November 09, 2006

konspirasi bising internasional

ok selamat pagi semua.
aku terpaksa menunggu seseorang..dan difahamkan bahawa menunggu adalah pekerjaan yang tkde sape2 pon yg suka..
di sini aku cuba senaraikan apa yang aku kau korang manusia lakukan dalam hidup mereka..



  • manusia berubah
  • manusia menipu
  • manusia dengki
  • manusia hipokrit
  • manusia mengingkari janji
  • manusia syok sendiri
  • manusia lupa
  • manusia leka

dan lain lain lagi...perkara ini kita akan lakukan dengan sengaja/tak sengaja/tak sedar atau apa2 lah..

ok aku cuba kasi contoh pasal manusia menipu.

jika anda berjanji dengan seseorang , datanglah 10 minit lewat.

jika dia berkata , "aku ondway";
maksudnya dia baru nak jalan.

jika dia berkata , "aku dah nak gerak";
maksudnya dia baru nak siap.

jika dia berkata , "aku tgh siap";
maksudnya dia masih baring dan bermalas-malasan.

jika dia berkata , "5 minit lagi sampai";
maksudnya 15 minit lagi dia sampai.

manusia menipu.

Tuesday, November 07, 2006

suralaya dalam D major.

alo.

hari ini telah diadakan 'majlis makan sakan bersama rakan' di depatment aku.Ok jika korg rasa nama majlis ni agak poyo,err...mmg pon.sbb aku baruje reka.cam menarik aje bunyiknya.

disebabkan kekenyangan yang melanda, pada waktu tghari aku telah membuat keputusan untuk ke masjid negeri yang tak berapa jauh dari sini.ini adalah disebabkan masjid ini dilengkapi dengan aircond di setiap sudut dan membuatkan anda akan berasa seperti di moscow.

dan yang paling penting.lepas solat zohor aku bolela tido kat situ.ok mungkin perbuatan ini berbunyi keji tapi mmg ramai org baring kat situ lepas semayang...(ayat backing diri sendiri)





gambar ini tiada kaitan dengan cerita..aku hanya sekadar nak berkongsi rasa kekecewaan aku terhadap 'sumpahan emirates' yang berlaku kepada arsenal..4 perlawanan berlaku perkara yang sama, arsenal mengawal setiap penjuru padang dan menyerang bertubi tubi..tetapi hanya berkesudahan dengan seri.

dan akhirnya minggu lalu..mereka tertewas..

"ah cirit u all lah" kata wenger dalam gambar.




ok habis iklan..sambung balik.
pukul 2 petang , aku membuat keputusan utk balik ke office dan ketika itu kelihatan seorang pakcik yang mengadu bahawa kasutnya hilang.

"kasut saya hilangla..jenama crocodile pulaktu"

"saya punya ada je ni ha".aku.

"hai..balik rumah jela camni..nak sambung kerja pun malas"

aku membuat keputusan untuk membantu pakcik ini mencari kasut beliau di persekitaran tersebut.dan persoalan sekarang ialah , apa niat sebenar aku melakukan perbuatan tersebut?

1. memang bersungguh2 mahu mencari kasut itu sehingga jumpa.
2. sekadar buat2 cari sebagai tanda kasihan dan mengambil hati pakcik itu.

aku sebenarnya takde lah berharap sangat untuk jumpa kasut tu..hanya simpati..

jadi yang mana satu ek niat farid ni? (ala2 impian ilyana)

ok jgn lupa smskan jawapan anda!


Wednesday, November 01, 2006

horia teria ho


orang suruh kerja aku pegi tulis blog.


aku terlupa bahawa penyelia aku di pejabat ini , kak zaimah memberitahu aku semalam yang dia ada membaca blog ini.
ini bermakna...alamak..err..yang aku cerita aku tido kat surau dulu2 tu aku main2 aje.(kantoi)
tapi takpe kot..sebab kak zaimah adalah seorang yang menyukan (sporting) jadi die paham anak2 buah die ..yela kot..kan kan.. alahai...

aku juga telah meletakkan link beliau kat tepi ni sebagai taktik mengambil hati beliau.dengan tindakan aku ini mungkin beliau akan menganugerahkan aku anugerah pelajar praktikal paling berwawasan dan bersahaja.hahha.

nampaknya semakin mengarut.


banyak filem yang ditayangkan pada hari raya kat tv haritu..siap pontianak pon ada.tak ada kaitan dengan raya langsung.bila aku tgk cerita pontianak ni aku telah menyedari bahawa banyak filem yang aku tunggu2 tayangannya selama ini..ialah dalam kategori filem seram..

1.puaka tebing biru.

aku mmg ikut perkembangan filem ni dari proses pembikinannya lagi sebab ianya hasil karya orang yang memang aku minat , osman ali.filem2 beliau yang lain ialah bukak api , surat untuk bulan , malaikat di jendela dan anak halal.tarikh tayangan? penghujung 2006..

2.susuk.

yang ini karya amir muhamad.
pelakon = ida nerina diana rafar noor khiriah dll.
tayangan = awal 2007
(official website)

3.Dukun.

ok filem ni promo teaser dia dah pun keluar...umie aida jadi mcm ala2 mona fendy gitu.
tayangan = penghujung 2006

umie aida juga telah membeli seekor ular sawa dan membelanya untuk menghayati watak dalam filem ini..caya aa..


(official website)
(yang lemah semangat jgn masuk website ni)

4.Zombie kg pisang

arahan mamat khalid.aku dah tgk the making dia mmg best..
pelakon=awie , ac mizal , que haidar , soffi jikan dll.
tayangan = penghujung 2006


5.Chermin

filem ni arahan Zarina Abdullah.aku tak berapa tau sangat pasal filem ni tapi mmg nak pergi tgk sebab..err..ada natasha hudson.
ha ha.
kira macam cerita cermin berhantu la..
pelakon = deanna yusof khatijah tan dll... natasha tu watak bodo2 je kot..
tayangan = penghujung 2006
(official website)


dan ada beberapa lagi filem yang akan menyusul..juga dalam kategori yang sama..Jangan Pandang Belakang (awal 2007) dan dua buah filem cina, possessed dan seed of darkness.

haa..itula yang aku maksudkan..malaysian horror akan menyerang tak lama lagi..

semalam aku juga telah menonton filem goodbye boys arahan bernard chauly mengenai kisah 8 orang pengakap dari ipoh yang terpaksa berjalan kaki 100km bagi melengkapkan syarat pengakap di-raja @ king scout.(tahap tertinggi dalam pengakap)


ini telah mengingatkan aku kepada kem kursus pengakap di-raja yang telah aku jalani time form 4 dulu..kursus nak jadi king scout jela..tak jadi pon..
di kem itu juga aku telah duduk satu khemah dengan 2
orang amoi dari sekolah manetah..dan aku menjadi 'blank' dan duduk dalam khemah tertunduk malu..ayu je.
pastu bila balik skolah heboh sekampung duduk sekhemah dgn amoi..

biasa la melayu..cakap belakang bole la.tak gitu?
=)