suralaya dalam D major.

alo.

hari ini telah diadakan 'majlis makan sakan bersama rakan' di depatment aku.Ok jika korg rasa nama majlis ni agak poyo,err...mmg pon.sbb aku baruje reka.cam menarik aje bunyiknya.

disebabkan kekenyangan yang melanda, pada waktu tghari aku telah membuat keputusan untuk ke masjid negeri yang tak berapa jauh dari sini.ini adalah disebabkan masjid ini dilengkapi dengan aircond di setiap sudut dan membuatkan anda akan berasa seperti di moscow.

dan yang paling penting.lepas solat zohor aku bolela tido kat situ.ok mungkin perbuatan ini berbunyi keji tapi mmg ramai org baring kat situ lepas semayang...(ayat backing diri sendiri)





gambar ini tiada kaitan dengan cerita..aku hanya sekadar nak berkongsi rasa kekecewaan aku terhadap 'sumpahan emirates' yang berlaku kepada arsenal..4 perlawanan berlaku perkara yang sama, arsenal mengawal setiap penjuru padang dan menyerang bertubi tubi..tetapi hanya berkesudahan dengan seri.

dan akhirnya minggu lalu..mereka tertewas..

"ah cirit u all lah" kata wenger dalam gambar.




ok habis iklan..sambung balik.
pukul 2 petang , aku membuat keputusan utk balik ke office dan ketika itu kelihatan seorang pakcik yang mengadu bahawa kasutnya hilang.

"kasut saya hilangla..jenama crocodile pulaktu"

"saya punya ada je ni ha".aku.

"hai..balik rumah jela camni..nak sambung kerja pun malas"

aku membuat keputusan untuk membantu pakcik ini mencari kasut beliau di persekitaran tersebut.dan persoalan sekarang ialah , apa niat sebenar aku melakukan perbuatan tersebut?

1. memang bersungguh2 mahu mencari kasut itu sehingga jumpa.
2. sekadar buat2 cari sebagai tanda kasihan dan mengambil hati pakcik itu.

aku sebenarnya takde lah berharap sangat untuk jumpa kasut tu..hanya simpati..

jadi yang mana satu ek niat farid ni? (ala2 impian ilyana)

ok jgn lupa smskan jawapan anda!


Comments

Adam Mohd Juni said…
aku rase jawapan kau mesti yg no 2 tu.hmmm..
takyah puji, aku tau aku bijak.
kalau ko sungguh2 carik pon, bukan ko nak pakai kasut tu.yolah, sbb bkan ko punye.
Gua said…
kan senang kalau hidup mcm ni jee...

aku rase nombo 1 sbb fared mmg sopan santun,jujur,kasehkan binatang ,menurut perintah tabah hati berbudi
ILynn Virgobiru said…
ohhh
spt citer aku di tv tu
yelah,kan impian ilyana
ahahahahahhaha

yg pasti no.2

errr..padan muke arsenal kalah?
ye btol
Anonymous said…
1. suralaya dalam D major = ade kaitan dgn search bukan ko..
2. masjid negeri?adeh,nk nikah kat situlah.takpenah msuk pon lg =P
3. arsenal = ar"sengal" =P
4. sms jwpn aku no 1.sbb2nya sama spt
ikan

kan senang kalo ade ni...(sambil berdiri pegang sunsilk pink)
Anonymous said…
jwpan aku no 1.5 bersungguh2 yg di buat2 dan mengharap pakcik tu ade anak gadia lawa

~~insaf la ayah
Jarri said…
aku rase aku setuju dengan elza.
Amiene Rev said…
oho si farid tu sebenarnya nak tau apa rupa brand kasut yang pak cik tu pakai sebab farid tu pun minat brand crocodile.

buat masa sekarang si farid tu cuma pakai kasut brand kiki lala.
asiput said…
aku rs crocodile hunter pon tak pakai kasut crocodile..
Jed Sulaiman said…
aku rase lapar
Anonymous said…
adam..lu mmg bijak..

ikan pon bijak..kasihkan binatang menurut perintah tabah hati berbudi

si kacang..cite tu impian ilyana bukan ili liyana.

lisa..lagu tu bukan lagu search tp lagu amy solo2.

elle..aku x berharap pkcik tu ade anak lawa..aku berharap pakcik tu bagi duit je kalau aku jumpa kasut dia
Anonymous said…
oi bojed arsengal kalah..aku nak borak pasal bola kat ym ka manjang x layan je.

amiene rev..aku slalu gak melawat blog anda..

asip gemar bersosial..
Anonymous said…
suralaya tu tempat diam dewa-dewa..hehe

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.