masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

memang aku sengaja tak set up network password untuk wifi rumah aku, sebab tak dapat sedekah duit, sedekah internet free kat jiran2 pun boleh la. tapi kalau slow sangat internet nanti barula aku set up password.

semalam pejabat aku didatangi 4 orang tetamu, aku percaya dari penampilan mereka adalah lawyer (lelaki dengan tie, perempuan dengan skirt dan shirt tuck in). muda lagi mereka ni. (muda di sini membawa maksud generasi yang celik it dan internet, boleh membaca pada skrin komputer tanpa print, yang faham bahawa email bukan hanya untuk attach document, gadget2 yang up to date, boleh berbual mengenai filem apa yang menarik di panggung sekarang etc.)

ok daripada mereka berempat aku familiar dengan mamat sorang ni, lawyer, rumah dia depan rumah aku.

rupanya mamat ni dah lama approach bapak aku, mintak firm dia jadi panel kita orang. so harini dia orang datang nak melobi la tu. siap bawak hadiah.

waktu aku join diorang, dia cakap,

"ha farid.."

bila dia tau nama aku?

"harini baru boleh kita jumpa, selalu saya pakai wifi farid je"

"thanks la farid, banyak berjasa. harini pun i ada bawak cenderahati sikitni..at least tanda penghargaanla i pakai wifi u"

manis.

sebab itula tuhan suruh kita sedekah, aku kata dalam hati. sedekah wifi.

jadi kepada anda, jangan setting password pada router anda, dan namakan network anda dengan nama sendiri. nanti boleh dapat hadiah dari jiran2.

ta

Comments

Anonymous said…
kalo nk lebih berkesan lg...ltk la nama network tu kasi spesific sket...contohnya 'farid nak hadiah lcd tv 40 inch' (kalo muat la)....haaa, mana tau kot2 ada org yg nk kasi lps guna wifi free ko tu ke....:P
Unknown said…
aku cuba sekejap share internet kat rumah sewa tp disebabkan beberapa mac address yg tarik bandwith kaw2 .. terpaksa ler aku block dier .. solution dier tukar network card dier atau mungkin dier sanggup dtg bg hadiah kat rumah aku .. aku menunggu . huhu

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat