sepi dan pensil.

sepi dan pensil boleh buat orang menangis.

cuma ada 4 orang yang menonton pensil di cathay cineleisure, aku pasti 2 orang menangis menonton filem itu.

aku rasa sedih sebab hero filem ni ialah watak melayu terencat yang dekat dengan tuhan, dan dilakonkan oleh orang india.

sepi, mempunyai penonton yang lebih ramai.

lelaki kat sebelah aku menangis selepas menonton sepi.


"semua orang pernah sepi"

"tapi saya tak pernah"


lelaki itu kata dia tak pernah merasa sepi, sehingga lepas dia baca puisi;

bisikku pada bulan
kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku.

tanpa dia malam menemaniku
sepi memelukku

bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku.


Comments

ILynn Virgobiru said…
temanku, kekasihku, syurgaku...
Lady Dyla said…
tiada yg pernah sepi mealinkan tiada yang mampu menilai diri...

hanya ungkapan puisi yang mampu menceria setiap sanubari...

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat