pengalaman gua menjadi co-instructor abang burung.

hari ini, abang burung telah mencatat sejarah baru dalam hidup beliau. beliau jadi cikgu. cikgu komputer.

walaupun kelas komputer ini hanya ada seorang murid, tapi murid ini bukan calang-calang orang. seorang gadis sunti dari seberang. hartini namanya. hidung mancung bak seludang, betis bagai bunting padi oh cantiknya hartini.

sesampai kitorang di kelas, gua tengok konfiden abang burung di tahap 9/10. hartini dah sedia di tempat duduk. gua ambik tempat duduk sebelah tini. eh eh dah keluar nama manja pulak. abang burung berdehem kasi clear dia punya tekak. dia ambil marker, tulis nama dia besar2 kat whiteboard.

peh, benda ni memang dah lama gua impikan. tapi kat dalam kelas yang paling cikai pun ada 40 murid la.

ketika dalam sesi pembelajaran ade sekali handphone abang burung bunyi, dia jawab "sori tengah mengajar" dengan gaya bersahaja. hartini mengetap bibir. maco sungguh!

mata gua berkaca-kaca. gua rasa abang burung dah skor 10/10 untuk berjaya buat apa yang orang bukan cikgu tak boleh buat dalam satu sesi sahaja. dan yang paling penting, nini dah tangkap syok sama dia. eh eh terkeluar nama sms pulak.

sebelum kelas berakhir, cikgu burung bertanya anak muridnya tentang kelas minggu depan.
"so minggu depan nanti saya confirmkan kelas hari apa. kamu ada boyfriend tak...mane tau nak pergi dating ke ape..."

saat itu, gua terus potong markah maco dia jadi 1/10

Comments

aliqxx said…
haha..monyet tek..tini nini tu name sweet yg ko bg utk hartini..bukan aku..aku mengamalkan prinsip professional di kalangan pelajar aku yg 1 itu..at the end of the class aku lalai dan alpa dgn keayuan hartini??
ILynn Virgobiru said…
anti-d***

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.