pengalaman gua terjumpa 2 ekor kuda pukul 2 pagi

malam itu, rutin pergi menikmati air tangan mamak berjalan seperti biasa. tapi malam itu ramai yang dah membuta. gua dan riko akhirnya gerak berdua je. masa tu gua dan riko ni kira baik-baik segan la. dulu ada satu time riko dan ikan telah merembat kereta kancil gua time gua tido, gua sound ikan sorang je. riko gua treat dia macam tak bersalah. ikan lepastu buat2 merajuk cuba untuk lepak bilik lain tapi tak diterima, last2 dia datang baring sebelah gua jugak. gila loser. cerita lain.

berbalik pada cerita, malam itu gua dan riko menikmati air tangan mamak sehingga jam 2 pagi. air tangan mamak malam tu lain macam dia punya sedap. gua syak makanan tu bercampur peluh mamak tu sikit kot.

dalam perjalanan pulang, jalan amat sunyi. sesampai kat jambatan depan ukm, gua dan riko ternampak 2 ekor kuda di seberang jalan. kuda hitam. riko memberhentikan kancil serta merta seolah terpukau kepada kuda tersebut. dengan spontan dia cakap dia nak turun nak bagi gandum untuk kuda tu makan. ntah mana dia nak rembat gandum gua pun tak tau.

tapi biasala gua kan hero. "nanti!", gua jerit sambil lempang muka riko. "kau kena pukau ni, ni bukan kuda ni benda lain ni" gua cakap ala drama. dengan tenang gua menyuruh riko sambung bawak kereta balik ukm.

sekarang riko dah kawin. gua pikir2 balik, kalau gua tak halang dia pergi kat kuda itu hari, takde die kawin de

selamat pengantin baru koko (nama manja)

Comments

Amar B. said…
kisah dua kuda dua pagi ni ada banyak versi. kali ni yg paling tidak tidak. dah... masing-masing buat cerite bohong kat blog...
wan muliani said…
oit..riko atau nama manje koko tu dah kawen ke?

Popular posts from this blog

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

Quelqu'un m'a dit