sekolah

masa zaman aku sekolah menengah dulu, aku masih terlalu 'budak' untuk fikir apa yang aku akan buat dalam masa sepuluh tahun akan datang.

habis jauh aku boleh fikir pun, prep malam nak pakai baju apa. tak pun kalau malam ni ponteng aktiviti maghrib isyak, kantoi tak? siapa warden bertugas? 

tak silap aku benda paling cool budak-budak form 2 boleh buat ialah masa weekend, boleh tayang t shirt lawa-lawa turun kantin makan nasi tomato. maklumlah masa prep belum boleh pakai t shirt lagi macam senior.

masa itu juga aku pernah terfikir untuk jadi doktor. gila ke apa. ada hati nak jadi doktor. sebab masa tu aku selalu berangan nak jadi doktor bersalin. bila aku buat kerja tu, mesti semua perempuan yang aku kenal akan bersalin dengan aku. cuba kau bayang budak-budak perempuan kat sekolah, kolej, universiti dll nanti akan bersalin dengan kau. belum lagi perempuan yang kau selalu usha diam-diam dari jarak 25 ela dan buat kau tak tidur malam.

bila diorang datang buat checkup, dengan tenang aku akan cakap "jangan risau, everything is perfect, saya dah check"


--

ex girlfriend kawan aku dah kahwin dengan orang lain dan mengandung. aku sms kawan aku tu, "aku dengar *bleep* dah mengandung,  tahniah!"

trust me, its not a good idea.


 

Comments

Zaini said…
fetish kau makin lama makin bizarre.

tp yg part sound kawan kau tu mmg melompeyh lutut perangainya.
ILynn Virgobiru said…
fetish tu ape?
*muke aku mmg innocent habis*
Gua said…
haha aku mesej ga k dia masa br tau

diam je marah agaknya dia..hahah
faridfadhly said…
zaini haha at least aku tak mengamalkan nudism macam kau.

virgobiru pergi wiki

Gua ha ha aku punya sms dia balas, siap kutuk arshavin pakar sepak palang. takde modal la tu.
wan muliani said…
agak lucah entry ko y ni..ye kite kene open minded..tp kalau sume doktor(laki) saket puan ade niat mcm ko..waaa xsanggup aku nk besalin ngan doc laki..hahahha
Anonymous said…
ramai lagi doktor bersalin yg lain wei hahaha.

mesti marah jugak kawan ko tu ye haha.

*aku dah kata jgn sms ko pg sms jugak. cis*

Popular posts from this blog

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

Quelqu'un m'a dit