Posts

Showing posts from December, 2010

ultras malaya

Image
sempena final yang bakal menjelang ahad nanti, aku tak nak cerita pasal norshahrul idlan talaha, amri yayah ataupun rita rudaini, tapi aku nak cerita pasal pemain ke-12 setiap pasukan bolasepak, iaitu penyokongnya. perlawanan separuh akhir malaysia dengan vietnam aku rasa antara persembahan terbaik daripada bukan saja pemain, tapi penyokong 'ultras' pasukan malaysia yang menggelarkan kumpulan mereka ultras malaya. pergerakan ultras ni lazimnya kita dapat saksikan di kelab-kelab bolasepak eropah contohnya di turki dan serbia, tidak lupa juga south america. semangat ultras ini juga telah mula masuk ke asia tenggara terutamanya di liga bolasepak indonesia bertahun yang lalu. antara basic rules pergerakan ultras yang aku sedikit sebanyak tahu, dan aku nampak di stadium pada malam itu ialah; berdiri sepanjang perlawanan: check. sentiasa menyanyi/bersorak bawah pimpinan 'kapla' yang pakai microfon tu:check. membuat 'port'di bahagian bucu padang:check. jadi secara basi...