borhan part 1
hari jumaat itu seperti jumaat-jumaat yang lain. Borhan seperti biasa melakukan rutin pagi jumaatnya iaitu mandi wajib. Dia sebenarnya tidak berapa pasti kenapa dia akan mandi wajib setiap pagi jumaat, tapi yang pasti tabiat ini memang sudah lama dipraktikkan oleh Borhan. mandi wajib Borhan sebenarnya tidak banyak beza dengan mandi yang biasa- cuma ketika mandi wajib beliau hanya perlu membaca niat, dan selang-selikan mencangkung dan berdiri. Dari sudut durasi, ia hanya lebih lama dari biasa dalam 2-3 minit. sebenarnya ada dua kemungkinan yang boleh disimpulkan daripada tabiat borhan ini; pertama, mungkin borhan hanya solat pada hari jumaat. Ini membuatkan borhan mengambil langkah selamat dengan melakukan mandi wajib pada waktu paginya, supaya solat jumaatnya nanti diterima. Kedua, ya, Borhan mengadakan hubungan seks setiap malam jumaat, memuaskan nafsu sambil dapat pahala, siapa tak mahu! tak banyak yang bermain di fikiran Borhan ketika beliau melakukan rutin ini. Cuma biasanya dia ka...