the monk (sufi) who sold his ferrari (mercedes)
Seorang lelaki yang fizikalnya aku rasa 10 tahun lebih muda muncul di pejabat pagi ini, mencari aku- yang aku amati kemudiannya- adalah kawan karibku yang telah 3 tahun menghilang. Borhan atau nama glamornya Dato B- dulunya seorang jutawan, memiliki segalanya, tiba-tiba muncul hari ini tetapi aku lihat terlalu banyak yang lain pada dirinya. Kalau dulu dia kelihatan lebih tua dari umurnya, kini perutnya yang ke depan itu telah hilang. Muka beliau kini kelihatan bercahaya, seolah-olah ada aura positif terpancar dan melambai-lambai ke arah siapa sahaja yang memandangnya. Senyumannya, yang dulu sangat sukar untuk aku lihat, kelihatan begitu meyakinkan. Siapa sangka Dato B peguam terkenal dengan mercedes cls-nya, kini aku lihat seperti seorang pendakwah kontemporari moden. "lama tak jumpa, sahabatku!", Borhan mendepakan tangan. Kami berpeluk erat. Kami berbual panjang, sehingga sampai ke 'moment' yang aku nanti-nantikan. "aku dengar kau pergi merantau? apa kau buat 3 ...