Posts

Showing posts from December, 2015

aku seorang badut

Bulan disember, bulan yang biasanya membuka banyak pintu rezeki buat aku. walaupun musim sekolah begini kebanyakan keluarga pergi berlibur di luar negara, banyak juga majlis ulang tahun kanak-kanak pada bulan ini. sebagai seorang badut professional, tiada apa yang mampu menggembirakan aku selain dapat melihat telatah kanak-kanak pada parti hari jadi. Selain mengendalikan permainan mini dan membentuk belon, aku juga mampu membuat beberapa silap mata mudah- kadangkala bukan hanya anak kecil, datuknya juga ikut bersorak merasa kagum. Trend parti hari jadi kanak-kanak kini sudah berubah, biasanya majlis diadakan di playhouse di pasar raya. Aku bercita-cita ingin membuka satu playhouse sebegini suatu hari nanti. Bagi seorang badut berwawasan, itu antara pencapaian terbaik yang boleh aku banggakan. Bila acara tamat biasanya para ibubapa akan bertanya apakah cukup aku menampung keluargaku dengan hanya menjadi badut? aku jawab rezeki tuhan itu maha luas- merasa 'cukup' juga adalah sa...

meet joe black

hari itu hari pertama aku bersemuka dengan dia. hari jumaat, waktu aku makan seorang diri di depan masjid sebelum solat jumaat. Dulu waktu aku mengaji, ustaz kata selama ini dalam sehari ada 70 kali dia akan datang melawat aku. Tapi hari ini lain, dia datang dalam bentuk manusia dan duduk makan bersama aku. jadi filem meet joe black tu ada betulnya lah, aku kata, dan aku kata pada dia lagi mungkin hidup aku hanya dipenuhi dengan filem-filem pada waktu lapang. Adakah itu cukup untuk aku bawa berjumpa tuhan? Dia senyum.