aku seorang badut

Bulan disember, bulan yang biasanya membuka banyak pintu rezeki buat aku. walaupun musim sekolah begini kebanyakan keluarga pergi berlibur di luar negara, banyak juga majlis ulang tahun kanak-kanak pada bulan ini. sebagai seorang badut professional, tiada apa yang mampu menggembirakan aku selain dapat melihat telatah kanak-kanak pada parti hari jadi. Selain mengendalikan permainan mini dan membentuk belon, aku juga mampu membuat beberapa silap mata mudah- kadangkala bukan hanya anak kecil, datuknya juga ikut bersorak merasa kagum. Trend parti hari jadi kanak-kanak kini sudah berubah, biasanya majlis diadakan di playhouse di pasar raya. Aku bercita-cita ingin membuka satu playhouse sebegini suatu hari nanti. Bagi seorang badut berwawasan, itu antara pencapaian terbaik yang boleh aku banggakan.

Bila acara tamat biasanya para ibubapa akan bertanya apakah cukup aku menampung keluargaku dengan hanya menjadi badut? aku jawab rezeki tuhan itu maha luas- merasa 'cukup' juga adalah satu rezeki yang mungkin seorang billionaire juga tak mampu miliki. aku tak perlu membeli rumah 5 bilik untuk isteri dan 2 orang anakku, cukup dengan hanya tinggal di rumah orang tuaku. Masih mempunyai orang tua dan berada dekat dengan mereka juga adalah satu rezeki tuhan, aku boleh berbakti kepada mereka setiap hari. Mampukah anak kita yang kita sambut hari jadinya pada hari ini berbakti kepada kita di hari tua nanti?

betul lah kata tuhan, maka nikmat tuhan manakah yang engkau dustakan? (aku banyak membaca dan mempunyai banyak penulis kegemaran, tapi aku masih belum tamat memahami buku yang dikarang oleh Yang maha bijaksana)

Comments

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.