Posts

Showing posts from March, 2018

OSK RHB

Aku mula join bisnes ayah pada tahun 2007. Waktu itu aku pernah kata pada ah cong, walaupun aku tak perlu cari kerja macam orang lain, ujian aku ialah bagaimana untuk terus menyambung apa yang ayah usahakan selama lebih 20 tahun- siapa lagi yang dia harapkan kalau bukan aku. Tahun itu juga setelah aku habiskan master in finance, aku mula trade in futures market, selain stocks dan segala macam instrument lagi. Aku mula faham yang setiap instrument hanyalah vehicle yang mempunyai ciri khas masing-masing, dalam investment & trading vehicle itu soal kedua, yang penting adalah diri kita sendiri sebagai driver. Ke mana kau nak pergi? Berapa lama kau target untuk sampai ke situ? Nak set 'goal' ini pun bukan senang, apatah lagi disiplin untuk kekal teguh pada goal yang sama selama vehicle kita itu sedang dipacu. Jadi boleh aku katakan 90% orang sentiasa lost dalam investment/trading journey mereka. Aku cuba praktikkan teori ini dengan bisnes ayah, tapi tak boleh. Prinsip ayah jau...

17 Tahun

Mentari mula menenggelamkan dirinya di balik awan. Bayangnya mula menyelimut langit, mendung menandakan hujan mahu turun petang itu. Hari itu hari Selasa, 6 Februari 2017. Jam 4 petang aku dan Ah Cong masih di dalam meeting bersama wakil Cradle Fund di Sunway Putra Mall. Aku dapat mesej dari si kacang tentang mama baru dikejarkan ke PPUM dengan ambulans. Aku terus bergegas ke sana. Dalam perjalanan Mirul mesej aku. Aku hampir lupa yang aku patut berjumpa dengannya selepas itu, jadi aku suruh dia datang ke PPUM sahaja. Ada emergency, aku kata. Di PPUM aku masuk ke icu namun gagal berjumpa mama mahupun abah. Aku dah cuba call abah tapi dia tak jawab. Mungkin dengan doktor. Sambil aku menunggu Mirul pun sampai. Aku berbual tentang mama yang sudah setahun melawan kanser dan keadaannya yang semakin tenat selepas operasi minggu lalu. Sedang aku berbual abah muncul di depan icu, aku tinggalkan Mirul untuk masuk ke dalam. Berada dengan mama aku rasa sayu. Aku tahu dia berada di hujung hayatn...