Posts

Showing posts matching the search for back to the future

back to the future ep.2

Image
malam tadi ketika andrei arshavin scored his first hat-trick in arsenal shirt, beliau memberi isyarat 'tiga' menggunakan jari ala-ala ikrar pengakap. tapi beberapa minit selepas itu, fernando torres menyamakan  kedudukan. ketika itu, aku sms bojed, "jangan risau arshavin score 4 malam ni, walcott assist". dan aku terbayang arshavin akan celebrate dengan isyarat empat jari pula. minit ke 90, apa yang aku cakap berlaku. larian pantas walcott berjaya menjerat liverpool dan mengumpan arshavin untuk gol ke-4. bojed msg, "betul siut kau cakap". aku tak ingat macamana aku boleh sampai ke sini, tapi aku yakin aku memang dari future.

back to the future

sebagai seorang trader saham yang 'baru nak up', aku selalu berangan yang aku boleh pergi ke masa yang lepas. travel through time. 30 minit yang lepas pun jadilah. kadang-kadang 30 minit boleh buat aku miss profit sebanyak RM750. dan kalau aku boleh buat macam tu, apa yang perlu aku buat hanya sms diri aku sendiri. tak payah sms panjang-panjang, "buy now" pun jadilah. pagi tadi aku dapat satu sms misteri. unknown number. dia sms aku satu harga. aku check online, memang betul harga yang dia sebut tu. siapakah orang itu? kenapa dia sms aku? adakah angan-angan aku selama ni jadi realiti? betulkah sms tu dihantar oleh future me? patutkah aku gamble untuk beli? saspen kan? bersambung..