Merentas pelusuk dunia
Mencari rantaian mimpi
Berbekal azimat dijiwa
Berazam terus berdiri
Manusia lalai terus leka
Terpesong arah dan panji
Kelam pandangan jiwa
Tertutup mata nurani
Hancurlah jiwa nan suci
Khalifah……Alam Maya
1%
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
orang jepun depan aku kata, dalam kehidupan kita akan berjumpa 30,000 orang.
3,000 daripadanya di tempat belajar dan kerja.
300 daripadanya menjadi kawan.
aku dan kau, kebarangkaliannya ialah less than 1%.
Mentari mula menenggelamkan dirinya di balik awan. Bayangnya mula menyelimut langit, mendung menandakan hujan mahu turun petang itu. Hari itu hari Selasa, 6 Februari 2017. Jam 4 petang aku dan Ah Cong masih di dalam meeting bersama wakil Cradle Fund di Sunway Putra Mall. Aku dapat mesej dari si kacang tentang mama baru dikejarkan ke PPUM dengan ambulans. Aku terus bergegas ke sana. Dalam perjalanan Mirul mesej aku. Aku hampir lupa yang aku patut berjumpa dengannya selepas itu, jadi aku suruh dia datang ke PPUM sahaja. Ada emergency, aku kata. Di PPUM aku masuk ke icu namun gagal berjumpa mama mahupun abah. Aku dah cuba call abah tapi dia tak jawab. Mungkin dengan doktor. Sambil aku menunggu Mirul pun sampai. Aku berbual tentang mama yang sudah setahun melawan kanser dan keadaannya yang semakin tenat selepas operasi minggu lalu. Sedang aku berbual abah muncul di depan icu, aku tinggalkan Mirul untuk masuk ke dalam. Berada dengan mama aku rasa sayu. Aku tahu dia berada di hujung hayatn...
English Premier League telah bermula.Aku lebih looking forward untuk match arsenal malam ini berbanding konvo. Hari ini hari konvokesyen.Hari yang sepatutnya menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh aku. tapi feeling tu masih tak ada lagi.dah sampai sana nanti baru ada kot? bapak aku boleh ajak aku pergi tengok tanah ketika meeting semalam. aku cakap " lupa ke? " dia jawab " oo..ha ah..kalau macamtu ayah pergi sorang je la " takpelah, biar semua orang buat kerja yang semua orang suka. pagi2 lagi tadi dia dah keluar.jangan pukul 12 tak sampai rumah lagi sudah. filem kayangan sedikit mengecewakan aku.tiada kelainan seperti yang aku harapkan. permulaan filem ini memberikan sedikit harapan kepada aku di mana watak fazura , graduan human science , gadis Kuala Pilah ,yang tidak mahu bekerja di kota terutamanya KL kerana membenci kapitalisme. filem ini sepatutnya mengetengahkan watak fazura yang terperangkap dalam idealismenya sendiri. tetapi setelah berjumpa dengan anak-...
Comments