brother love.
sebagai seorang lelaki yang menyokong industri muzik dan filem tanah air, radio dalam kereta aku akan sentiasa terpasang dengan frekuensi xfresh.fm. kalau kau dengar xfresh pagi-pagi, biasanya akan ada satu segmen brother love.
brother love ni kerja dia jadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah percintaan, orang baru nak mengorat, propose, breakup dan segala macam hal jiwang dan kuntum lagila.
pagi tadi semasa dalam perjalanan ke site, brother love telah contact seorang awek yang bernama natasha. brother love bagitau natasha yang ex boyfriend dia nak dekat dia balik.
"saya dah malas nak fikir soal lelaki la brother love", natasha jawab.
"oho" balas brother love, "habis kau nak bercinta dengan apa pulak lepas ni, kuda?"
macam gampang.
Comments
tp iklan dia menyakitkan hati
lebih2 lagi bila dia ckp ayat
"malu tapi sayang" dengan gaya suara mintak kau tapakkan kepala dia
love love love mcm shit