selamat hari raya dari scha dan fahrin

celcom merupakan sebuah mobile dan broadband provider yang tidak asing lagi di malaysia. bernaung di bawah syarikat yang baru di-'rebranding' bernama axiata berhad, empayar syarikat ini boleh dikatakan boleh mengalami consistent growth setiap tahun di mana mereka setakat ini menjalankan operasi lebih 10 buah negara termasuk indonesia, india, sri lanka dll. axiata berhad juga dengan bangga memberitahu produk celcom 3G mereka boleh didapati dengan full coverage di puncak gunung kinabalu dan di tengah hutan Maliau Basin di pendalaman sabah. celcom juga telah menggunakan fahrin dan scha sebagai model iklan mereka. iklan dia kira macam ala-ala 'sweet' gitu. berbaloi-baloi...


pada hari raya ke-5 yang lalu, celcom telah bagi panas line. satu malaysia huru hara. ada yang terlepas deal juta-juta katanya. tapi counter axiata yang disenaraikan di papan utama bursa malaysia telah mencanak naik pada hari itu. gua yang dekat kl masa tu pun problem, lagi kan puncak kinabalu. satu kerja produktif pun gua tak boleh buat. nak setting jalan beraya lagila tak boleh. gua syak ini bukan technical problem. ini mesti ada udang di sebalik mee udang ni.

tapi bukan tu yang gua nak cerita. malam itu, tiba-tiba line celcom macam dah elok dan gua telah mengambil kesempatan untuk menghubungi kawan gua bernama hasif ariff. benda lain habis gua ketepikan, janji dapat contact hasif ariff jadila. tujuan gua menghubungi beliau adalah kerana beliau hendak pulang ke tawau- gaji riban-riban masyuk katanya. gua ajak dia main ps3 sepam dua dan membuang masa membuat aktiviti2 tak berfaedah tapi dia jawab "masih di takuk lama sial". dia cakap nanti dia call balik.

tapi lepastu line buat hal balik. jadi malam itu gua tidak dapat bertemu hasif ariff yang kini telah pulang ke tawau. gua ingat nak jumpa dia dalam keadaan bujang buat kali terakhir tapi rilek je dia rejek gua dengan ayat masih di takuk lama. cilakak. nanti lu jumpa gua, gua dah di takuk baru woi

sekian

Comments

ILynn Virgobiru said…
fuh..entry semata2 utk asip
Khalisa Ridzuan said…
apsal aku tak jumpa pun iklan celcom fahrin dan scha itu? ah tidakkk!!
poah said…
di takuk baru???
dalam tuu....
Ajami Hashim said…
Salaam..

blog anda di-hilite kat sini: ajamihashim

:-)

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat