Posts

Showing posts from December, 2009

anda segan nak mintak hutang kat kawan-kawan?

Image
ingat, RM jutaan & ribuan sahaja!

khalifah

pada suatu zaman dahulu, manusia hidup untuk survive . mereka memburu untuk makan. bertukang membuat rumah untuk berteduh. tapi bukan semua orang reti memburu dan bertukang. Orang yang pandai buat rumah akan 'berniaga' dengan cara menjual perkhidmatan membuat rumah mereka dan dibayar secara barter. mungkin dengan makanan yang banyak. Jika orang yang pandai buat rumah tidak banyak dalam sesebuah penempatan tersebut, maka mereka boleh demand barang-barang yang lebih sedikit dari average, mungkin makanan macam ikan jenahak atau kain sutera. its about supply and demand. manusia perlu menuntut ilmu supaya mereka boleh memiliki kemahiran tertentu, agar mereka boleh hidup. oleh kerana sistem barter sangat leceh, mungkin seseorang peniaga tak ada barang yang pelanggan mahu dan sebaliknya, duit telah dicipta sebagai 'medium of exchange'. Manusia akhirnya hidup aman dan damai kerana boleh mendapatkan keperluan hidup mereka dengan mudah. Mereka boleh makan, berteduh, beribadah se...

muallaf

Image
akhirnya, tanpa deleted scenes, 'muallaf' akan ditayangkan mulai esok. walaubagaimanapun dua baris dialog akan di-'mute'-kan, iaitu "you look like nuns" dan "people will think we're wahabis"; according to amir muhammad. islam dalam konteks dunia adalah sangat diverse, kalau kita kumpulkan orang islam malaysia, turki, iran, china, afrika, arab saudi etc., rasa-rasa dengan mata kasar pun kita boleh nampak beza. Di Malaysia, orang islam melayu lebih sensitif, lagi-lagi kalau sebut pasal wahabi. aku rasa kalau aku cerita sikit apa aku rasa pasal wahabi ni pun akan ada orang yang condemn. midvalley yuk

kalau ada anak macamni nak pergi kerja pun pikir 10 kali

rimbun dan redup kasihMu. Kau, tempatku berpayung.

Di manakah lagi dapat ku rebahkan rasa gundah ini. waktu sekolah dulu, dalam sebulan at least ada sekali dia orang ada buat satu program dekat surau. biasanya dalam program tu dia orang akan kumpul ramai2, tutup lampu dan 'kepala' dia akan lead dengan zikir munajat dan nyanyi lagu ketuhanan. Di samping itu kepala dia juga akan 'basuh' dengan kata-kata menusuk sampai ramai jugak budak-budak yang nangis menginsafi dosa masing-masing. tapi gua dan kawan-kawan biasanya akan tido, sebab alang-alang dah tutup lampu, tido la kan? hari ini setelah 8 tahun berlalu, gua miss saat itu. selamat tahun baru. hijrahkanlah diri ini

dengan nama tuhan, yang maha pengasih, maha penyayang

matahari terbit seperti biasa, tidak pernah terlewat walaupun sesaat. burung-burung terbang berkicauan di langit biru. sekumpulan mat bangla bergurau senda sambil berjalan ke kilang. politikus minum semeja sambil ketawa dengan ideologi perjuangan masing-masing. kanak-kanak bangun lewat dan berkira-kira apakah rancangan menarik cuti sekolah di tv hari ini. broker-broker saham berdebat dengan market outlook mereka. penebar roti canai sudah mula sengal-sengal tangan. laut, langit, gunung-ganang, serangga di darat dan ikan di lautan semuanya berzikir memuji Sang pencipta kehidupan, pencipta alam semesta dan pencipta cinta. what a beautiful day hidup adalah ujian interaktif yang menghiburkan, dan thank god we are still alive. ujian ini juga kadang kala boleh menjadi sangat kejam, supaya kita lebih dekat dengan Yang mencipta ujian. and yes, its a beautiful morning, sedang man united, chelsea, sp*rs, city dan liverfool tewas menghadapi ujian tuhan, 'budak sekolah sukan' arsenal menan...