khalifah

pada suatu zaman dahulu, manusia hidup untuk survive. mereka memburu untuk makan. bertukang membuat rumah untuk berteduh. tapi bukan semua orang reti memburu dan bertukang. Orang yang pandai buat rumah akan 'berniaga' dengan cara menjual perkhidmatan membuat rumah mereka dan dibayar secara barter. mungkin dengan makanan yang banyak. Jika orang yang pandai buat rumah tidak banyak dalam sesebuah penempatan tersebut, maka mereka boleh demand barang-barang yang lebih sedikit dari average, mungkin makanan macam ikan jenahak atau kain sutera. its about supply and demand.

manusia perlu menuntut ilmu supaya mereka boleh memiliki kemahiran tertentu, agar mereka boleh hidup.

oleh kerana sistem barter sangat leceh, mungkin seseorang peniaga tak ada barang yang pelanggan mahu dan sebaliknya, duit telah dicipta sebagai 'medium of exchange'.

Manusia akhirnya hidup aman dan damai kerana boleh mendapatkan keperluan hidup mereka dengan mudah. Mereka boleh makan, berteduh, beribadah serta bersilaturrahim dengan keluarga, jiran, kawan-kawan dengan tenang.

jadi kalau ada seorang manusia yang pandai memburu, masak, buat rumah dan pendek kata semua kemahiran yang diperlukan untuk hidup pada waktu itu, adakah dia tidak perlu bekerja dan duduk rilek kat rumah? sudah tentu tidak. manusia dilahirkan sebagai khalifah di bumi tuhan. khalifah is a big word, but i can say khalifah hidup untuk kebaikan diri mereka dan juga orang lain. khalifah perlu contribute something to the community and the world, to make the world a better place. hidup ialah ibadah. ibadah bukan setakat di atas tikar sembahyang dan di surau. Semua pekerjaan yang dilakukan di dunia ialah ibadah, kalau betul niatnya. kau tau kenapa orang yang hidup sorang-sorang dipanggil kera sumbang?

ada orang cakap kerja ni untuk dapat gaji, makan dan bayar hutang. aku jawab kita kerja to contribute to our economy. its ibadah. bila property developer develop sesebuah project, ia membuka jalan kepada consultant engineer, quantity surveyor, architect, surveyor, valuer, contractor, lawyer, banker, etc untuk 'menjual' kemahiran mereka. somehow, someway, we play an important role to make the world go round.

dan duit yang kita terima adalah untuk hidup, untuk survive. after all kita akan pulang kepada tuhan. sebab tu kalau duit kita berlebih, kita diwajibkan zakat. kalau still berlebih lagi, sedekah.

jadi kepada kamu pembaca hantu; i say lets go back to basic. people work for money to buy shit they dont need, tyler durden said, and we're all-singing, all-dancing crap of the world.

no. we are khalifah of god.

(entry ini ditulis selepas menonton fight club 10th anniversary bluray for 2nd round. ha ha)

Comments

jabbar said…
wan faaaa yangggaaa, en morrrrr pawaaafuuullll

Popular posts from this blog

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

Quelqu'un m'a dit