Posts

the monk (sufi) who sold his ferrari (mercedes)

Image
Seorang lelaki yang fizikalnya aku rasa 10 tahun lebih muda muncul di pejabat pagi ini, mencari aku- yang aku amati kemudiannya- adalah kawan karibku yang telah 3 tahun menghilang. Borhan atau nama glamornya Dato B- dulunya seorang jutawan, memiliki segalanya, tiba-tiba muncul hari ini tetapi aku lihat terlalu banyak yang lain pada dirinya. Kalau dulu dia kelihatan lebih tua dari umurnya, kini perutnya yang ke depan itu telah hilang. Muka beliau kini kelihatan bercahaya, seolah-olah ada aura positif terpancar dan melambai-lambai ke arah siapa sahaja yang memandangnya. Senyumannya, yang dulu sangat sukar untuk aku lihat, kelihatan begitu meyakinkan. Siapa sangka Dato B peguam terkenal dengan mercedes cls-nya, kini aku lihat seperti seorang pendakwah kontemporari moden. "lama tak jumpa, sahabatku!", Borhan mendepakan tangan. Kami berpeluk erat. Kami berbual panjang, sehingga sampai ke 'moment' yang aku nanti-nantikan. "aku dengar kau pergi merantau? apa kau buat 3 ...

trollface part one

Image

kasino

Umur aku, waktu itu, baru 9 tahun. Jam di dinding kelas aku tenung. Jarum pendek menunjukkan nombor 11, jarum panjang di nombor 3. "1 jam dan 45 minit lagi", bisik aku setelah mengambil 1 minit untuk membuat kiraan. Aku mula membuat kira-kira dengan wang belanja yang diberi ibu. Berkat menahan perut pada waktu rehat, modal aku boleh dikatakan sangat mencukupi. Loceng sekolah berbunyi. Aku toleh mok, ah chong, jabbar dan ikan. Mereka kelihatan fokus. Kami berpandangan, kemudian kepala diangguk serentak. 2 ringgit untuk tikam 50 sen. 1 ringgit untuk tikam 20 sen. Jika ada untung, beli lagi tikam 20 sen. Jika dapat 'terima kasih', jawab sama-sama. Aku masih muda untuk memahami risk/reward ratio dan position sizing , tapi aku tahu apa yang aku buat. Kami bergerak ke kedai cik siah, di sana ada 5 jenis permainan 'tikam'- Kasino yang paling ramai kanak-kanak berjudi di dalamnya.

subhanallah

Image

cerita pasal bola

Image
setelah menjadi penyokong pasukan negeri sembilan selama kira-kira 20 tahun, macam pasaran saham, aku pernah melalui 'bullish period' di mana stadium sentiasa penuh dan persatuan bolasepak mampu menjual apa saja dengan laris. aku ingat dulu negeri sembilan pernah buat buku khas, dalam tu ada biodata setiap pemain, poster dll. dan aku terpaksa booking dekat kedai runcit sebab bila ada stok, pasti habis macam pisang panas. Fasa berikutnya adalah sesuatu yang boleh dilupakan. Sejak kemenangan Malaysia di sukan sea dan kemudiannya AFF Suzuki, aku nampak bolasepak malaysia mahu kembali ke era yang aku sebut di atas. orang putih kata when you hit rock bottom, the only way is up, up, up. Antara faktor penting untuk merealisasikan perkara ini ialah penyokong. Penyokong mesti ada walaupun pasukan itu dalam prestasi yang buruk mahupun di kedudukan tercorot. ultras no9ori curva 4c, star of paroi sebenarnya aku buat entry ini sebab nak cerita pasal ultras st pauli, ultras yang memang terke...

dendam part deux

"Kau percaya pada hari pembalasan, barrack?", soal aku. "Maybe", dia jawab. Aku tanya lagi; jika benar beribu nyawa telah terkorban di tangan osama, adakah tindakan yang dirancangnya itu adalah penyelesaian terbaik. "Hanya kematiannya sahaja dapat membayar ribuan nyawa yang terkorban itu. Mayatnya? campak dalam laut", tambahnya lagi. Dendam warga amerika bakal terbalas. Aku tidak tahu apa balasan tuhan paling setimpal bagi manusia yang membunuh beribu orang- mungkin orang itu patut dibunuh beribu-ribu kali? Ya, di hari pembalasan pasti ada perkara seumpama itu

dendam

"dendam, kau pergi goda si hindun tu", perintah raja afrit. "biar dibunuh anak adam yang digelar Singa Allah itu, senang sikit kerja kita". Raja Afrit senyum, sedang Hamzah Asadullah pun mudah ditewaskannya, apatah lagi umat manusia yang lain *inspired by "masuk ke dalam cahaya" by abdullah hussain