Aku pernah baca dalam satu tulisan tentang sejarah- untuk memandu kereta, di samping kaca hadapan, kita perlukan 3 cermin untuk melihat ke belakang. Begitulah pentingnya sejarah untuk kita, perlu kita toleh sebelum memecut ke depan. Ada apa dengan sejarah? Apa sejarah aku? Aku tahu ayahku asli minang Negeri Sembilan, jadi pasti moyangku berasal dari sumatera. Aku tak pernah kaji. Ibuku pula berasal dari Melaka. Moyangku cicit Hang Jebat pastinya. Juga belum pernah kukaji kesimpulan dangkalku ini. Menurut bacaan sejarahku yang tak terlalu banyak, orang melayu adalah orang maritim. Mereka berdagang dan laut adalah lapangan permainan mereka. Melayu di sini adalah sangat luas merangkumi orang Mon, Khmer, Champa, Pattani dan sebagainya- dari Vietnam hinggalah kepulauan Jawa. Sering dirujuk sebagai ‘Hindia Timur’ di manuskrip lama. Dalam filem ‘Pulang’ yang baru aku tonton, watak utamanya, Othman, diambil menjadi kelasi oleh syarikat perkapalan antarabangsa dan belay...
Comments
lama aku x jenguk kau..
sebab tuan hang dah lama tak update...
keadaan sekarang agak tak terurus disebabkan tuan hang nak pindah rumah ni
akaun streamyx pon tuan hang dah cancelkan
takpelah blog FF, nanti time tuan hang dah pindah , dah ada streamyx ,
aku layan hang ye.
sekian.
xbest nye!!!!