Posts

Showing posts from February, 2007

mari berkenalan dengan kawan saya.

aku ada seorang kawan. nama beliau ialah ronaldinho gaucho. hari itu , beliau kelihatan sangat sedih. jadi aku bertanya, "ronaldinho , mengapa kamu bersedih?" beliau menjawab. "mereka mula mengkritik permainan saya selepas kami tewas ke tangan liverpool , mereka juga memberi gelaran 'fat boy' kepada saya , lihat ini" (sambil memberi akhbar yang menunjukkan gambar beliau yang gemuk) aku turut menumpang sedih dengan mamat tu. kelmarin ronaldinho telah membuat skill skill samba dan barcelona menang besar. dan aku lihat ronaldinho telah senyum kembali. aku sempat mengusha paper kosmo hari ini , dan terjumpa satu headline BADAN RONALDINHO BEROTOT oh!

semangat lamina.

hari ini telah muncul satu perasaan yang indah. aku seperti biasa hendak throw small water (buang air kecil) di tandas kolej. kemudian aku mendengar ada orang yang masuk ke bilik sebelah dengan kelam kabut. dan pintu ditutup dengan kuat. dan beberapa ketika selepas itu perasaan itu telah muncul. di mana aku mendengar bunyi itu. plup! plup! plup! ok , mungkin lebih banyak. dan kemudian aku mendengar suara ghaib, "fuhhh..lega.." indah bukan?

dan nikmat tuhan manakah yang kau dustakan?

tidur di rumah adalah 40x ganda lebih lazat dan enak berbanding di tempat lain. pagi ini aku dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok. masih wujudkah ayam yang berkokok di waktu pagi sekarang ini? bunyi ayam berkokok itu ialah bunyi telefon mak aku. membuatkan hati kau menjadi sakit. ini telah mengingatkan aku kepada kawan aku yang berasa dirinya kool kerana ringtone beliau ialah bunyik ayam remix. ianya sama seperti ringtone mak aku tetapi lebih urban dengan bunyik ayam berkokok tersekat sekat. kool sungguh. mungkin anda semua boleh mengambil langkah berjaga2 selepas ini , kerana banyak perkara yang boleh anda fikir untuk memulakan hari anda . mungkin perkara2 yang lebih indah daripada ayam berkokok versi remix.

pada kamu tetap ____ walau berkali aku_____.

semalam aku ada pengalaman baru. aku basuh seluar pendek kawan. aku melakukan perbuatan ini adalah kerana... ah tak naklah cerita kat korg. aku juga telah gigih pulang ke rumah sebab seluar mamat tu dah tinggal pulak kat rumah aku. bau dahla macam haram. siap bertompok. aku telah bawak si kacang balik rumah .dan mencarik seluar tu dah makan masa sejam. tengah2 aku buat muka ketat aku sempat mengusha si kacang pakai telekung tgh sembayang dalam bilik aku. hmm sejuk ati gua. i sukeeeeeeee.

do or do not. there is no try.

Image
akan tiba satu masa apabila engkau akan perasan engkau best. engkau adalah kool. dan sebenarnya , tidak. tak perlulah gigih buat itu ini untuk kelihatan kool. baik gigih belajar. aku: ayah , ingat lepasni nak pakai satria gti la. bapak aku: kau belajar tak pandai , camana nak angkat gti? ok lupakan, malam minggu adalah malam untuk bola. keeley for the next skipper!