di saat topik perbualan utama hari raya anda bersama saudara mara ialah "dr sheikh muzaphar orang kampung kito" (hidup somban)

kalau kau, ya kau yang sedang baca ini, kalau ada terasa macam raya ini kurang meriah, aku ada jawapannya.

setelah aku usha suasana hari raya tahun ini dapatlah disimpulkan bahawa raya tidak akan meriah jika kita tidak main mercun.

jadi aku nasihatkan, pergi main mercun. barulah raya.

beli mercun pop pop pun ok ape. atau ada orang panggil mercun bawang.

mungkin sebab itulah lagu selamat hari raya versi 2 yang kita dengar hari ini tidak lagi menimbulkan mood raya macam dulu( baca: versi 2 iaitu rakaman semula untuk membuang verse dam dam dum bunyi mercun dan menambah suara kanak2 menyanyi mintak mak kuih sepotong)

jadi, mari main mercun, dan dengar lagu selamat hari raya versi pertama.

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun


selamat hari raya!

Comments

Nashrex said…
slmt hr rya!!
mlm td aku maen mecun.. hoho
diana said…
srs kau gila

Popular posts from this blog

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

17 Tahun