balada minah dan mamat

sebuah karya pemuisi cyber tegar abdullah jones;

balada mamat dan minah.



mamat membuka celana
anunya mengiring ketepi
tidak menegang
tidak bisa bikin
minah bising mengerang

sejak hari dulu
hingga hari kini
mamat hanya bimbang
tentang anunya
tentang ininya

sembahyangnya kucar-kacir
kadang-kadang tiga
kadang-kadang dua
mamat tidak runsing
kerana yakin mati dihari tua

kepada minah mamat bilang
"sebentar yang,abang keluar
beli kopi,abang akan cari
yang lebih power dari semalam"

minah tersenyum tidak malu
"cepat sikit bang,ayang tak tahan"
jerit minah kuat hingga terdengar jiran
"persetankan orang,mamat laki aku"
kata minah dengan mata dibuat-buat kuyu

bergegas mamat menuju warung
matanya melilau mencari kopi
yang diketip dipapan

yang ini sudah dicuba minggu lalu
yang inu sudah dicuba minggu yang lagi satu
dua-dua itu jenama baru dalam pasaran
dua-dua itu tidak menepati sasaran

orang sibuk bincang pasal selsema babi
siapa syiah siapa wahabi
mamat tidak angkat peduli
yang penting malam ini
mamat mahu sibuk puaskan bini

mamat menimbang-nimbang
tidak tahu jenama mana jadi pilihan

mamat capai yang itu tiga
mamat gapai yang inu dua
kalau diikut otaknya yang geliga
disitu juga mahu dia telan semua

mamat pujuk anunya agar bersabar
"tidak lari dua gunung yang dikejar"
mamat merasa dirinya kelakar

tiba dirumah
mamat campur semua
ditogoknya kopi campuran
memandang anunya dengan harapan

ada berita kampung yang mahu diroboh
berita bekas menteri rumah besar juga sudah heboh
mamat tidak peduli itu semua
yang mamat tahu,malam ini katil kelaminnya pasti roboh

Comments

hawa said…
CEH!!
ILynn Virgobiru said…
xde keje lain ke....
:: cik ANA:: said…
yela.. memalukan jerk.
giler sex ape nie..
bawak2 la bertaubat!!!
Anonymous said…
ko mmg dah x de keje lain ke...susah ko kawin je ler...
Anonymous said…
huhuhu...lucah yg teramat....
Gua said…
rilek la..

smua komen kutukan je..rilek2 la
Anonymous said…
hang ni dulu budak sek agama kan. aku kenai hang kat ukm dulu. blog hang ni ada gak unsur2 nasehat. tapi sayang, pendekatan hang kurang hikmah... maksud aku, dlm nak kasik org sebekas mutiara, syg sekali mutiara2 tuh masih bersalut debu. hang ni ada pengaruh jgk aku rasa. buleh masuk dgn budak2 yg ramai dak kopiah jrg dpt masuk, cuma aku harap la, pendekatan hang, pendekatan yg betul2 islamik. purely clean. xnak hati2 org atau hati kita sekali tercalit debu. sekadar pendangan, tu pun kalau hang betui2 ada intention nak buat keja2 seru ni. secantik judul blog hang. Khalifah alam maya. sebaik2 akhlak, itu akhlak nabi saw. nabi saw kita telah pun berjaya tembus sarang2 jahiliyah, tapi pendekatan yg baginda guna, x sesekali mendekati jahiliyah.
faridfadhly said…
thanks anon
Amar B. said…
mak aii. sorry tek, aku br bace. gile serious org komen. aduyaiii~
Zaini said…
ntah kau ni tek. please la. 5 tahun tau blaja agama.

ps: hah. video tora tora tu dah habis download belum? aku nak datang kopi nih.
Zaini said…
tora tora platinum*

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.