Posts

Showing posts from July, 2013

terawih

solat terawih atau solat 'istirehat' atau solat 'santai' dah pun masuk ke malam 21 malam ini. budak-budak dah mula main mercun di luar masjid. Aku rasa ini interpretasi 'solat' dan 'santai' oleh masyarakat melayu.  ok apa, at least budak-budak ni taklah duduk memerap di rumah mengadap pc. main di luar surau, lama-lama masukla dia ke surau tu nanti. pakcik-pakcik dalam surau ni juga cukup santai. aku sempat memasang telinga dekat pakcik sebelah aku yang ditegur oleh pakcik lain. Kawan lama dia agaknya. "lama tak nampak? kat mana sekarang?" kawan dia tanya. "aku dekat RTM sekarang" telinga astro aku mula membuat coverage yang lebih terperinci. kawan dia excited, "macam perasan.. jadi hos ke?" aku pandang pakcik sebelah aku. hm, tak pernah nampak pulak muka pakcik ni dalam tv. "taklah", pakcik sebelah aku jawab, "RTM, Rehat Tunggu Mati" boleh tahan juga lawak pakcik-pakcik sekarang

tentang bola

Image
bila pasukan bola diprivatekan dan ditreat as pure business, pulangannya pasti lumayan. terima kasih JDT for the beautiful season. liga malaysia perlu 3-4 team lagi macam ini maka liga malaysia akan kembali hidup. Super league kini sudah ada kelantan, JDT dan sarawak. Aku tunggu siapa yang berani bikin kelab bola di KL untuk menyusuli team-team ini. nogori den turun liga premier. hello pasukan-pasukan utara!

tentang raudhah

Image
siapa yang singgah di masjid nabawi, selain menziarahi nabi, pastinya akan mengambil kesempatan bersolat atau berdoa di raudhah- ruang di antara mimbar nabi dan bilik nabi (kini makam nabi). Di situ nabi selalu mendapat wahyu dari jibril, membacakan wahyunya (ayat2 al quran yang kita baca sekarang) kepada sahabat, selain tempat baginda beribadah dan mendapat ilham untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Nabi bersabda " di antara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian dari raudhah (taman) syurga". Maka berebut-rebutlah umat nabi yang ingin beribadah di taman syurga ini. orang lelaki aku rasa lebih senang untuk beribadah di situ berbanding perempuan, di mana waktu untuk jemaah perempuan masuk ke situ hanya beberapa jam sehari (selepas subuh dan isya kalau tak silap). apa yang menyedihkan ialah raudhah ini seakan-akan menjadi medan pertempuran tolak menolak bagi jemaah perempuan. siapa yang tidak kuat, anda akan tewas dan tidak berpeluang untuk bersolat di situ. aku pesan pada ...

Ramadhan.

Hello ramadhan, dan blog ini. Lama tak jumpa. Banyak benda yang aku nak cerita tapi aku tak tau nak mula dekat mana Pasal bekerja dengan orang. Tak, mungkin tentang umrah. umrah kali ini sangat lain, al- haram massive renovation, aku cukur kepala, panjat gunung cahaya (jabal nur) tengah malam dan solat di gua hira', usung jenazah dari masjid nabawi sampai ke makam baqi' dan kebumikan mayat. sembahyang belakang imam. Puasa n berbuka di masjid. Pendek kata aku buat semua benda yang aku miss nak buat sebelum ini. Tapi bukan itu yang buat ia jadi 'sangat lain'. Sangat lain kali ini sebab aku bawak isteri aku si kacang- dan juga anak aku yang ada dalam perut dia. Apa nama feeling yang aku rasa? entah, mungkin ada bahasa yang boleh define feeling itu dengan satu perkataan yang mudah. Kalau dalam bahasa melayu, biasa orang cakap 'perasaan yang tak tergambarkan'. Ok aku akan pergi cari perkataan yang lebih mudah itu. oh, anak aku yang dah ikut bertawaf dan saei it...