tentang raudhah

siapa yang singgah di masjid nabawi, selain menziarahi nabi, pastinya akan mengambil kesempatan bersolat atau berdoa di raudhah- ruang di antara mimbar nabi dan bilik nabi (kini makam nabi). Di situ nabi selalu mendapat wahyu dari jibril, membacakan wahyunya (ayat2 al quran yang kita baca sekarang) kepada sahabat, selain tempat baginda beribadah dan mendapat ilham untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Nabi bersabda " di antara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian dari raudhah (taman) syurga". Maka berebut-rebutlah umat nabi yang ingin beribadah di taman syurga ini.

orang lelaki aku rasa lebih senang untuk beribadah di situ berbanding perempuan, di mana waktu untuk jemaah perempuan masuk ke situ hanya beberapa jam sehari (selepas subuh dan isya kalau tak silap). apa yang menyedihkan ialah raudhah ini seakan-akan menjadi medan pertempuran tolak menolak bagi jemaah perempuan. siapa yang tidak kuat, anda akan tewas dan tidak berpeluang untuk bersolat di situ.

aku pesan pada si kacang, tak perlulah masuk ke situ kalau sampai macam tu gayanya. sembahyang saja di luar sedikit dari situ, tuhan tahu. cubaan pertama si kacang untuk bersolat di situ, dia ditolak hingga jatuh terlentang di atas lantai. Syukur ada juga orang arab yang tolong angkat dia, dan nasib baik tak ada perempuan iran berabaya hitam yang pijak perut dia waktu tu.


mungkin dah ditakdirkan anak ini dilahirkan; yang juga aku namakan raudhah





Comments

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat