Ramadhan.

Hello ramadhan, dan blog ini.
Lama tak jumpa.

Banyak benda yang aku nak cerita tapi aku tak tau nak mula dekat mana

Pasal bekerja dengan orang. Tak, mungkin tentang umrah. umrah kali ini sangat lain, al- haram massive renovation, aku cukur kepala, panjat gunung cahaya (jabal nur) tengah malam dan solat di gua hira', usung jenazah dari masjid nabawi sampai ke makam baqi' dan kebumikan mayat. sembahyang belakang imam. Puasa n berbuka di masjid. Pendek kata aku buat semua benda yang aku miss nak buat sebelum ini.

Tapi bukan itu yang buat ia jadi 'sangat lain'. Sangat lain kali ini sebab aku bawak isteri aku si kacang- dan juga anak aku yang ada dalam perut dia.

Apa nama feeling yang aku rasa? entah, mungkin ada bahasa yang boleh define feeling itu dengan satu perkataan yang mudah. Kalau dalam bahasa melayu, biasa orang cakap 'perasaan yang tak tergambarkan'. Ok aku akan pergi cari perkataan yang lebih mudah itu.

oh, anak aku yang dah ikut bertawaf dan saei itu dah pun melihat dunia. Ramai jugak kawan yang datang melawat. Ah cong macam biasa tanya aku soalan yang pernah dia tanya dulu; "apa yang kau rasa sekarang?"

Dulu waktu anak pertama, aku jawab "anak ni bagi kita peluang kedua. Benda2 bodoh yang kita pernah buat dulu, kita ada can untuk betulkan balik- tanpa perlu time travel tapi pakai anak kita pulak. apa benda yang aku miss untuk buat pada satu-satu masa dulu, aku akan make sure anak aku akan buatkan benda tu- untuk aku."

Masuk sekolah cina, contohnya. atau belajar main rekorder dengan lebih baik. Dan tidak ambil seni arca sebagai ko-k di universiti, macam aku.

Selain orang yang paling diharap boleh kirim pahala masa aku dalam kubur nanti.

 itu jawapan aku masa anak pertama dulula.

untuk kali ini aku jawab, "rentikanla soalan-soalan kau tu"

Comments

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.