terawih

solat terawih atau solat 'istirehat' atau solat 'santai' dah pun masuk ke malam 21 malam ini.

budak-budak dah mula main mercun di luar masjid. Aku rasa ini interpretasi 'solat' dan 'santai' oleh masyarakat melayu.  ok apa, at least budak-budak ni taklah duduk memerap di rumah mengadap pc. main di luar surau, lama-lama masukla dia ke surau tu nanti.

pakcik-pakcik dalam surau ni juga cukup santai. aku sempat memasang telinga dekat pakcik sebelah aku yang ditegur oleh pakcik lain. Kawan lama dia agaknya.

"lama tak nampak? kat mana sekarang?" kawan dia tanya.

"aku dekat RTM sekarang"

telinga astro aku mula membuat coverage yang lebih terperinci.

kawan dia excited, "macam perasan.. jadi hos ke?"

aku pandang pakcik sebelah aku. hm, tak pernah nampak pulak muka pakcik ni dalam tv.

"taklah", pakcik sebelah aku jawab, "RTM, Rehat Tunggu Mati"

boleh tahan juga lawak pakcik-pakcik sekarang

Comments

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat