Posts

Showing posts from 2018

Asalnya aku tulis ini untuk certot #sayangimalaysiaku, tapi makin aku tulis makin lari topik. Maka aku up di sini saja

Aku pernah baca dalam satu tulisan tentang sejarah- untuk memandu kereta, di samping kaca hadapan, kita perlukan 3 cermin untuk melihat ke belakang. Begitulah pentingnya sejarah untuk kita, perlu kita toleh sebelum memecut ke depan. Ada apa dengan sejarah? Apa sejarah aku? Aku tahu ayahku asli minang Negeri Sembilan, jadi pasti moyangku berasal dari sumatera. Aku tak pernah kaji. Ibuku pula berasal dari Melaka. Moyangku cicit Hang Jebat pastinya. Juga belum pernah kukaji kesimpulan dangkalku ini. Menurut bacaan sejarahku yang tak terlalu banyak, orang melayu adalah orang maritim. Mereka berdagang dan laut adalah lapangan permainan mereka. Melayu di sini adalah sangat luas merangkumi orang Mon, Khmer, Champa, Pattani dan sebagainya- dari Vietnam hinggalah kepulauan Jawa. Sering dirujuk sebagai ‘Hindia Timur’ di manuskrip lama. Dalam filem ‘Pulang’ yang baru aku tonton, watak utamanya, Othman, diambil menjadi kelasi oleh syarikat perkapalan antarabangsa dan belay...

La Marseillaise (Laskar Marseille)

Image
Bangkit anak bangsa Hari kemenangan telah tiba Tentangan kita, Tirani Panji berdarah dikibar Panji berdarah dikibar Dengarkah kalian di pelusuk desa Derapan kaki tentera kejam itu? Mereka datang terus ke depan kalian Untuk menyembelih anak, isteri kalian Ganding tangan, rakyat jelata! Kita bina batalion Mara! Mara! Biar darah hitam mencuci kerutan wajah kita

mengambil semangat piala dunia sambil menunggu semi final Perancis melawan Belgium - aku alih bahasa "I've got something to say". Bahagian 1.

Aku masih ingat dengan jelas momen di mana aku sedar yang kami sekeluarga benar-benar miskin. Aku masih ingat kelibat emak di depan peti sejuk dan riak wajahnya ketika itu. Aku baru berusia 6 tahun waktu itu, aku pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada waktu rehat di sekolah. Menu emak untuk kami sama sahaja setiap hari: roti dan susu. Waktu kau masih hingusan, kau mungkin tak fikir sangat tentang itu. Tapi aku rasa hanya itulah yang kami mampu. Suatu hari aku pulang ke rumah, aku terus ke dapur, aku lihat emak di depan peti sejuk dengan susunya seperti biasa. Tapi kali ini dia sedang mencampur sesuatu ke dalamnya. Emak menggoncang-goncangkannya, kau faham kan? Aku kurang faham apa yang sedang berlaku waktu itu. Kemudian emak membawa makan tengah hari kepada aku, Emak senyum seakan semuanya baik sahaja. Pada waktu itulah aku sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku. Emak campurkan air dengan susu. Kami tidak punya wang lagi untuk minggu ini. Kami fakir. Bukan sekadar miskin, ...

OSK RHB

Aku mula join bisnes ayah pada tahun 2007. Waktu itu aku pernah kata pada ah cong, walaupun aku tak perlu cari kerja macam orang lain, ujian aku ialah bagaimana untuk terus menyambung apa yang ayah usahakan selama lebih 20 tahun- siapa lagi yang dia harapkan kalau bukan aku. Tahun itu juga setelah aku habiskan master in finance, aku mula trade in futures market, selain stocks dan segala macam instrument lagi. Aku mula faham yang setiap instrument hanyalah vehicle yang mempunyai ciri khas masing-masing, dalam investment & trading vehicle itu soal kedua, yang penting adalah diri kita sendiri sebagai driver. Ke mana kau nak pergi? Berapa lama kau target untuk sampai ke situ? Nak set 'goal' ini pun bukan senang, apatah lagi disiplin untuk kekal teguh pada goal yang sama selama vehicle kita itu sedang dipacu. Jadi boleh aku katakan 90% orang sentiasa lost dalam investment/trading journey mereka. Aku cuba praktikkan teori ini dengan bisnes ayah, tapi tak boleh. Prinsip ayah jau...

17 Tahun

Mentari mula menenggelamkan dirinya di balik awan. Bayangnya mula menyelimut langit, mendung menandakan hujan mahu turun petang itu. Hari itu hari Selasa, 6 Februari 2017. Jam 4 petang aku dan Ah Cong masih di dalam meeting bersama wakil Cradle Fund di Sunway Putra Mall. Aku dapat mesej dari si kacang tentang mama baru dikejarkan ke PPUM dengan ambulans. Aku terus bergegas ke sana. Dalam perjalanan Mirul mesej aku. Aku hampir lupa yang aku patut berjumpa dengannya selepas itu, jadi aku suruh dia datang ke PPUM sahaja. Ada emergency, aku kata. Di PPUM aku masuk ke icu namun gagal berjumpa mama mahupun abah. Aku dah cuba call abah tapi dia tak jawab. Mungkin dengan doktor. Sambil aku menunggu Mirul pun sampai. Aku berbual tentang mama yang sudah setahun melawan kanser dan keadaannya yang semakin tenat selepas operasi minggu lalu. Sedang aku berbual abah muncul di depan icu, aku tinggalkan Mirul untuk masuk ke dalam. Berada dengan mama aku rasa sayu. Aku tahu dia berada di hujung hayatn...