Posts

Showing posts from January, 2009

duit adalah ilusi, faham betul-betul, dan kau akan jadi kaya raya.

kau rasa, benda apa paling mahal dalam dunia? dia tanya. aku cakap, benda paling mahal dalam dunia semuanya ada dekat engkau, penglihatan kau, pendengaran, akal yang waras, tangan, kaki, boleh berak dan kencing dengan normal. salah, dia kata. benda yang paling mahal, sebenarnya, adalah benda yang duit pun tak boleh nak beli. duit adalah ilusi, faham betul-betul, dan kau akan jadi kaya raya.

arshav in?

Image
arshavin transfer saga adalah sangat memenatkan, menimbulkan sindrom sukar tidur untuk beberapa malam, dan menyebabkan aku lebih mudah untuk bangun subuh. dan oleh kerana mahukan update yang terkini, aku terpaksa belajar bahasa russia. baru boleh dapat update dari website-website russia. website bahasa russia memang mencabar, sebab dahla abjad greek memang boleh merabunkan mata, lepastu banyak sangat iklan-iklan perempuan seksi. website akhbar arus perdana pun still banyak. kalau setakat web ala-ala ohbulan takdela aku heran sangat. tercabar beb. fenomena ini juga menyebabkan aku dah obses dengan character2 greek dan nama dalam profile aku dah ditukar kepada abjad greek,   фαрίδ фαδλι macam kool je buat camtu.  Аршавин !  

al- amirati !! (Malaysia 0 - UAE 5)

semalam, lepas pulang hampa dari stadium bola sepak cheras, aku terfikir apa lagi yang media nak komen tentang pasukan kebangsaan atau nama garangnya - harimau malaya. 'same old story' ? hari ini, aku tengok harian metro, ada gambar 5 bijik telur. IDEA BUSUKKKK!

monday blues

aku tanya kawan aku dari indonesia, di indo fireman dipanggil apa? "pemadam api", dia jawab. aku cakap pemadam api di sini orang panggil fire extinguisher - dan fireman dipanggil bomba. macam mana boleh bomba, dia tanya. Badan Operasi Menyelamat dan Bantuan Am, jawab brader din. aku dah hidup 20+ tahun, boleh berbincang dengan kawan mengenai the collapse of banking and capitalism, derivatives dan economic transparency; macam mana maksud bomba pun aku tak tau ni?

franck bilal ribery

Image
franck ribery bagi aku adalah salah seorang player yang paling entertaining atas padang, sebaris dengan ronaldinho, messi, zidane, henry dan ronaldo. masa dia orang on form la. selepas bermain 1st half dalam friendly bayern munich di jeddah, dia dan team mate hamit altintop sempat menunaikan umrah di makkah, kira-kira 70 km dari jeddah, dan kemudian kembali semula ke jeddah pada sebelah malam sebelum berangkat pulang ke jerman. agak2 dia ada jumpa michael jackson ke kat sana?

apo kono eh jang

Image
malam itu Helmi Eliza Alias, penjaga gol kedah dan malaysia berkunjung ke paroi. aku duduk betul2 kat sisi gol dia. half time dia dah lepaskan 2 gol. muka dia down beb. dari start ref tiup wisel permulaan orang kutuk2 dia. bola kat tgh padang pun org dah jerit "shoot je woi kiper dia lubuk". "keeper burung puyuh balikla woi". dan banyak lagila. masa dia masuk padang untuk sambung 2nd half, dia masuk dengan muka meyakinkan. dapat semangat baru agaknya. tapi orang tetap kutuk2 dia. sapa suruh lepas gol bodoh masa main malaysia. tapi dia tak peduli. menten je muka dia. dia cium dua-dua tiang gol, biasala semua player ada gaya ritual masing-masing. tiba-tiba budak kecik sebelah aku jerit, "syirik!" seluruh stadium terdiam, termasuk pemain dan pengadil mendengar kata-kata budak itu lalu beristighfar. helmi menangis teresak-esak. budak kecik pun pandai kondem dia. ah, macam dia tak biasa menangis atas padang. p/s=jom turun stadium malam ini

sepetang dengan google talk

me : pobondo eh   Zaini : kau tau la kan 1:31 PM  heboh² suh boikot produk amarika n israelie kan?    macam mana dari segi application yg vast?    mksudnye tenet, us server hosting, ngn google ke? facebook ke? 1:32 PM  semua kena fuck ke?    tu belum cerita employment lagi   me : tula sal   Zaini : yg kerja nestle semua kena berenti siapa nk tanggung?    *aku takdela against idea tu tapi cam ade care lain...   me : ala duit dlm malaysia ni pun sbnanye bukan yahudi jugak ke yg funding byk 1:33 PM  janji kau sembayang suda   Zaini : peh

2008

kalau ada orang tanya aku apa yang kau paling ingat pada tahun 2008. aku akan cakap 2008 adalah tahun yang sangat mencabar. mencabar bagi seorang trader dan investor saham, dan pelajar MBA yang mahu grad on time. bursa malaysia adalah sebuah pasar yang banyak mengajar aku untuk lebih kenal siapa aku, sejauh mana aku boleh control emotion, greed, confidence, disipilin, adakah untung itu untung atau rugi itu rugi, sejauh mana boleh let go, kalaulah aku beli dan kalaulah aku tak jual. mempersembahkan, brokers hands on their faces blog . ta

aku kagum tengok setengah-setengah orang yang PR punyalah bagus terutama bila mereka melobi.

aku pernah hantar kasut futsal aku kat depan cimb bangi, pakcik tukang kasut tu orang panggil sabaruddin tukang kasut. umur dia aku rasa dah masuk 50. pakai baju kemeja, kepala pakai headband. macam pemain basketball kat amareka.masa aku hantar kasut tu dia mintak no handphone. aku bagi. petang tu dia sms; "kasut anda sudah siap, sila ambil". malam itu aku main futsal buat skill ronaldinho passing bola sambil pandang luar. teknik aidil zafuan tackle rita pun aku buat. keesokan harinya aku mendapat sms daripada sabarudin tukang kasut lagi, triing. "macamana kasut tu, ok tak?" sumpah kalau kasut aku koyak aku carik dia.

selamat 2009

rosni, 42, lelaki yang aku kenal sejak aku budak-budak lagi. kadang-kadang orang panggil dia mat dangdut. kerja runcit-runcit kat pejabat, tapi bapak aku banyak book dia jadi driver. kereta bapak aku dulu penuh dengan kaset dangdut. lagu-lagu dia memang rare, lagu zombie versi dangdut pun ada. kira lagu-lagu yang hit masatu versi dangdut semua mamat ni ada. ada sekali dulu aku main scrabble dengan dia, berbekalkan kamus bahasa inggeris di tangan. tapi dia bubuh word 'coli'. start lepas tu kita orang main scrabble dalam bahasa melayu. perkataan mencarut yang rare pun kadang2 keluar la, dapat markah bonus. aku dengar sekarang dia tak kerja. siapa yang tengok permasyhuran yang dipertuan besar negeri sembilan hari tu mesti perasan ramai orang kat istana terkejut tuanku muhriz kene up jadi raja. siap bertempik2. tuanku muhriz ni anak tunku munawir, abang tuanku jaafar. dulu time tuanku abdul rahman mangkat, patut tunku munawir yang up, tapi time tu dia dah mangkat, anak dia tunku mu...