apo kono eh jang


malam itu Helmi Eliza Alias, penjaga gol kedah dan malaysia berkunjung ke paroi. aku duduk betul2 kat sisi gol dia. half time dia dah lepaskan 2 gol. muka dia down beb. dari start ref tiup wisel permulaan orang kutuk2 dia. bola kat tgh padang pun org dah jerit "shoot je woi kiper dia lubuk". "keeper burung puyuh balikla woi".

dan banyak lagila.

masa dia masuk padang untuk sambung 2nd half, dia masuk dengan muka meyakinkan. dapat semangat baru agaknya. tapi orang tetap kutuk2 dia. sapa suruh lepas gol bodoh masa main malaysia. tapi dia tak peduli. menten je muka dia. dia cium dua-dua tiang gol, biasala semua player ada gaya ritual masing-masing.

tiba-tiba budak kecik sebelah aku jerit, "syirik!"

seluruh stadium terdiam, termasuk pemain dan pengadil mendengar kata-kata budak itu lalu beristighfar.

helmi menangis teresak-esak. budak kecik pun pandai kondem dia.

ah, macam dia tak biasa menangis atas padang.


p/s=jom turun stadium malam ini

Comments

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat