selamat 2009

rosni, 42, lelaki yang aku kenal sejak aku budak-budak lagi. kadang-kadang orang panggil dia mat dangdut. kerja runcit-runcit kat pejabat, tapi bapak aku banyak book dia jadi driver. kereta bapak aku dulu penuh dengan kaset dangdut. lagu-lagu dia memang rare, lagu zombie versi dangdut pun ada. kira lagu-lagu yang hit masatu versi dangdut semua mamat ni ada.

ada sekali dulu aku main scrabble dengan dia, berbekalkan kamus bahasa inggeris di tangan. tapi dia bubuh word 'coli'. start lepas tu kita orang main scrabble dalam bahasa melayu. perkataan mencarut yang rare pun kadang2 keluar la, dapat markah bonus.

aku dengar sekarang dia tak kerja.

siapa yang tengok permasyhuran yang dipertuan besar negeri sembilan hari tu mesti perasan ramai orang kat istana terkejut tuanku muhriz kene up jadi raja. siap bertempik2. tuanku muhriz ni anak tunku munawir, abang tuanku jaafar. dulu time tuanku abdul rahman mangkat, patut tunku munawir yang up, tapi time tu dia dah mangkat, anak dia tunku muhriz ni kecik lagi. nakal. suka memburu sampai tembak lembu orang kampung. dapatla dekat tuanku jaafar.

so sekarang datuk2 undang dah betulkan balik. datuk undang ni punya power punyala tinggi sampai boleh pilih raja mana yang dia nak.

apa kaitan rosni mat dangdut dengan raja-raja pulakni?

2 minggu lepas, tunku muhriz nak pakai driver. tunku muhriz ni businessman, tapi bisnes die ala2 cukup2 makan je. orang tunku muhriz ni offer rosni mat dangdut jadi driver tunku.

"malasla aku, nama je keturunan raja tapi takde hasil", dia kata.

seminggu selepas itu, tuanku jaafar mangkat dan tunku muhriz jadi raja.


agaknya, rosni mat dangdut harini orang panggil rosni driver raja.
pakai songkok, muka 'ek'.
agaknya.


berkatlah yang dipertuan besar di negeri sembilan

selamat tahun baru.

Comments

Ajami Hashim said…
bro, gua suka citer nih! rosni dpt rezki terpijak tu!

samat nu yer 09 bro ;-)
ILynn Virgobiru said…
dekat dean punya blog siap ade pelajaran sejarah tentang asal-usul diraja n9..siap ade family tree lagi

tapi xtau lak drebar tu dioffer jd tunku muhriznye drebar
CaBaiKeRinG said…
hehehe

lawak gak en3 ni...

selamat tahun baru...

kalau ngko sudi melawat aku n link kan aku... lagi selamat!

huhuhu

cabaikering...
faridfadhly said…
selamat tahun baru cabai

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat