hipokrasimu
aku tidur pukul 6 pagi tadi, selepas menyaksikan kekalahan liverpool di final. orang man u kata , " lebih baik kalah semi daripada kalah final ". orang liverpool kata , " lebih baik masuk final daripada tak masuk final ". hari ini aku rasa aku mau tulis panjang2 dekat sini disebabkan hari ini secara officialnya aku telah meninggalkan ukm.meninggalkan kawan kawan.meninggalkan alam mimpi. aku tulis entry ini dengan laju , jadi sila baca dengan laju. (bak kata mikon) sebelum berangkat pulang ke seremban hometownku syurgaku , aku salam kawan2 seperjuangan yang sedang menghabiskan sisa2 hidup sebagai student ukm. ada yang pesan nak mintak keja dengan bapak aku. ada yang suruh aku doakan supaya dia rajin sembayang. ada yang suruh aku doakan dia supaya dia kawin cepat. lega jugak bila aku dah chow dari situ.. dah tak ada C++ , java yang perlu aku fikir. tiada 3dml dan tiada Flatland Rover. tiada model baka atau psikodinamik. tiada lagi metodologi dan kajian kesusasteraan. ...