butterfly effect
pada satu hari ali pergi ke kedai untuk membeli kondom.
kondom putih 40 sen. kondom hitam 50 sen. kondom biru 60 sen.
ali bawak cukup-cukup 50 sen, terpaksala dia beli kondom hitam. nak ikutkan dia memang nak beli yang biru, kool sikit orang kata. kecewa jugakla ali, kalau ada 10 sen dah boleh beli yang biru.
10 taun lepas tu, anak ali tanya bapak dia, "bapak, apasal saya ni hitam sangat bapak, malu dengan kawan-kawan".
nasib baik kurang 10 sen, ali jawab, kalau tak biru kau!
the butterfly effect.
butterfly effect aku boleh simpulkan sebagai beberapa rantaian kejadian yang berlaku di atas semua keputusan yang kau buat, walaupun benda yang sangat kecil.
seperti sama ada kau mau kentut sekarang atau tahan, dan kentut 2 minit akan datang.
mungkin kalau pilih pilihan kedua, kau akan pendek umur, mati sepuluh tahun lebih awal berbanding pilihan pertama.
butterfly effect aku rasa boleh dilukis dalam bentuk flowchart yang sangat besar. dan banyak pilihan yang akan menyebabkan kau akan terperangkap dalam loop.
balik-balik berpusing-pusing kat bahagian tu.
jadi aku cadangkan kalau kau rasa kau terperangkap dalam loop, apa kata kau buat benda yang jauh sama sekali daripada pilihan-pilihan yang biasanya wujud dalam flowchart kau tu.
contohnya kalau lapar, tidur. kalau bos bagi kerja, kau bagi dia kerja balik. kalau pergi kerja ikut short cut, pakai jalan jauh. kalau ada masalah duit short, sedekah separuh duit yang kau ada.
try tengok apa jadi. barula misterius. flowchart akan jadi lebih besar.
mana tau nanti kalau kau dah berjaya macam tony fernandes, orang tanya "apakah rahsia kejayaan tuan?"
"nasib baik aku baca entry kat blog farid tu, kalau takk..."
ta!
Comments
lagi satu yg lg agung,
-kalau die jalan laju sket sket je, ko mungkin tak tegur die, dan mungkin semua ni tak ada, dan mungkin ko x menulis blog, atau .....
sedikit sebanyak dah effect kehidupan gua...
tambah2 drop komen plak..try tgk apa jadi..
lol
rugi 20 pts tu adalah harga yang perlu aku bayar utk jadi millionaire kot. ha ha.
..dan pls stop dgn teori2 kau