horia teria ho


orang suruh kerja aku pegi tulis blog.


aku terlupa bahawa penyelia aku di pejabat ini , kak zaimah memberitahu aku semalam yang dia ada membaca blog ini.
ini bermakna...alamak..err..yang aku cerita aku tido kat surau dulu2 tu aku main2 aje.(kantoi)
tapi takpe kot..sebab kak zaimah adalah seorang yang menyukan (sporting) jadi die paham anak2 buah die ..yela kot..kan kan.. alahai...

aku juga telah meletakkan link beliau kat tepi ni sebagai taktik mengambil hati beliau.dengan tindakan aku ini mungkin beliau akan menganugerahkan aku anugerah pelajar praktikal paling berwawasan dan bersahaja.hahha.

nampaknya semakin mengarut.


banyak filem yang ditayangkan pada hari raya kat tv haritu..siap pontianak pon ada.tak ada kaitan dengan raya langsung.bila aku tgk cerita pontianak ni aku telah menyedari bahawa banyak filem yang aku tunggu2 tayangannya selama ini..ialah dalam kategori filem seram..

1.puaka tebing biru.

aku mmg ikut perkembangan filem ni dari proses pembikinannya lagi sebab ianya hasil karya orang yang memang aku minat , osman ali.filem2 beliau yang lain ialah bukak api , surat untuk bulan , malaikat di jendela dan anak halal.tarikh tayangan? penghujung 2006..

2.susuk.

yang ini karya amir muhamad.
pelakon = ida nerina diana rafar noor khiriah dll.
tayangan = awal 2007
(official website)

3.Dukun.

ok filem ni promo teaser dia dah pun keluar...umie aida jadi mcm ala2 mona fendy gitu.
tayangan = penghujung 2006

umie aida juga telah membeli seekor ular sawa dan membelanya untuk menghayati watak dalam filem ini..caya aa..


(official website)
(yang lemah semangat jgn masuk website ni)

4.Zombie kg pisang

arahan mamat khalid.aku dah tgk the making dia mmg best..
pelakon=awie , ac mizal , que haidar , soffi jikan dll.
tayangan = penghujung 2006


5.Chermin

filem ni arahan Zarina Abdullah.aku tak berapa tau sangat pasal filem ni tapi mmg nak pergi tgk sebab..err..ada natasha hudson.
ha ha.
kira macam cerita cermin berhantu la..
pelakon = deanna yusof khatijah tan dll... natasha tu watak bodo2 je kot..
tayangan = penghujung 2006
(official website)


dan ada beberapa lagi filem yang akan menyusul..juga dalam kategori yang sama..Jangan Pandang Belakang (awal 2007) dan dua buah filem cina, possessed dan seed of darkness.

haa..itula yang aku maksudkan..malaysian horror akan menyerang tak lama lagi..

semalam aku juga telah menonton filem goodbye boys arahan bernard chauly mengenai kisah 8 orang pengakap dari ipoh yang terpaksa berjalan kaki 100km bagi melengkapkan syarat pengakap di-raja @ king scout.(tahap tertinggi dalam pengakap)


ini telah mengingatkan aku kepada kem kursus pengakap di-raja yang telah aku jalani time form 4 dulu..kursus nak jadi king scout jela..tak jadi pon..
di kem itu juga aku telah duduk satu khemah dengan 2
orang amoi dari sekolah manetah..dan aku menjadi 'blank' dan duduk dalam khemah tertunduk malu..ayu je.
pastu bila balik skolah heboh sekampung duduk sekhemah dgn amoi..

biasa la melayu..cakap belakang bole la.tak gitu?
=)

Comments

Adam Mohd Juni said…
aku pon pengakap dulu. cayalah !!

siap jadi APL lagi.<-pengakap tau la APL ni ape.

hmmm..

i takutla tgk cite seram ni..
akirasuri said…
oh oh banyaknya cerita hantu...lalalala~ tahun yang menarik ni!!

eh cerita gdbye boy tu besh tak ;)
Anonymous said…
aah..mekaseh la sbb bg info citer hantu ni.i nk g mewayangkan diri ni,timekaseh la byk2,ko mmg info film n drama bergerak.ahahah..

ntahnya.pontianak = raya??
mcm bodo..apepon..layannnnnnn...=P

best tak goodbye boys?nnt aku buat goodbye girls lah,br kewl..
Anonymous said…
aaahhh..batekkkkkkkkkkkkkkkkk
aku sbnrnya baca sepintas lalu,maka arahan utk jgn tgk kalo lemah semangat aku abaikan.
mak aih..dahla kol 3am aku travel ni.sorg2 lak tu.serrrrrrrraaaaaaaaammmmmmmmmm
terkejut aku.nasib jantung kuat walo gegar2 la jugak.ahahahaha
ko mmg.....tut...hah..
aku rs citer dukun tu mesti best.alah,natasha nk jd hantu cun mcm maya karin.sebok je.haha
ILynn Virgobiru said…
tapi mmg nak pergi tgk sebab..err..ada natasha hudson

aku kurg minat ayat2 sebegini sbb ade unsur2 org yg aku x suke = awek2 yg aku x brp suke

nasib baik u ni pengakap...i sukeee uuuu

p/s: tak cite pon duk satu khemah dgn amaoi?
Anonymous said…
1st!
hantu raye tu kan spesis 'hantu'..
pastu die hantu yg 'raye'..
so ade kne mngene la hantu dgn raye..

2nd!
hantu dgn raye x dpt dpshkn..
sbb start raye je,hantu sume dh kua penjare..bole enjoy habis2an..
it's menyakat time!!
Gua said…
nape xde promosi cite red kebaya..
apa ni bang..cane abg keje ni..

layan jangan x layan

natasha hudson dh kawen do..
sazzy dah kawen,noradanish dah kawen,aleeza kassem pn dah kawen..

hmm..awek mlayu sume dah kawen..
layan macha laa cani
faridfadhly said…
red kebaya bukan cite seram bang

tapi xpela aku promo kat sini

red kebaya ni penuh dengan pelakon2 mat saleh..maklumla filem english..pengarah pon mat salleh..

tapi hero dia ramli hassan (filem2 dia sblom ni semua filem english)

heroin vanida imran

dan filem the red kebaya ini juga perlu ditonton..kerana..ada...paula malai ali..ha ha

sekian terima kasih.
Anonymous said…
saya juga pengakap. walaupon form 5 dh xrajin wat buku log.

ayat2 yg kat atas tu utk berdomba2 ngan penyelia.

mari ke pawagam berdekatan.
Nashrex said…
dukun ni mesti top giler..
citer susuk dianyer promo leh tahan gak..
ILynn Virgobiru said…
paula malai pon dh kawin
aku je blom kawin. ade sesape nk kawin dgn aku tak?

wahahahahahahhahah

weii...dukun serammmmmmmmmmm
kalo bwk awek g tgk cite seram2 ni kat wayang...uishhhh naik sheikh nnt ni <-- ayat hamka
=)
Anonymous said…
wahaha duduk ngan amoi dalam satu kem? batek tipu siot, die bukan blank dan tertunduk malu, malahan sangat gembira dan excited especially bila ade wat projek utk gadget2 utk team sendiri,buat kerja dan bekerjasama dgn amoi hahaha, ko jgn lupa aku pegi kem tu ngan ko skali, batek batek....ko up la sket gamba kat kem tu kat blog ko ni
Anonymous said…
mana ada beb gamba tuh..kau ade aa..

oi jaba..amoi tu skola mana aa?

http://www.cicakman.com

http://www.theredkebaya.com
Anonymous said…
uiceh..x bleh bayangkan dok tersipu2 malu..tp dlm ati..alalalal

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat