sudahkah kau meminta pada tuhan?

5 perkara yang aku hajati:

  1. lulus master tanpa extend.
  2. kumpul duit banyak-banyak supaya dalam setahun dua aku boleh meminang anak dara orang.
  3. jadi businessman yang berjaya.
  4. semua projek (bapak) aku berjaya & berjalan lancar
  5. mintak 20 permintaan lagi
kepada jin lampu atau genie in the bottle, jikalau encik jin sedang melayari internet dan kebetulan singgah ke sini, saya amat berharap bahawa encik jin dapat menunaikan hajat saya ini.

segala kerjasama dari pihak encik jin didahului dengan jutaan terima kasih.

sekarang zaman IT , aku rasa semua makhluk dah pandai main internet.

mungkin jin-jin dah boleh beli domain sendiri seperti www.jinlampu.com.
mungkin dia orang boleh jual services dia orang dekat situ.kalau yang lebih up,encik jin tersebut bolehlah membeli domain seperti www.jinlampu.biz yang siap menawarkan marketing plan & sistem yang bagus , boleh jadi skim pelaburan cepat kaya di internet.

upline downline sideline semua happy.

orang melayu boleh cepat kaya.



p/s=jangan sesekali membuang masa menulis surat kepada jin.

p/p/s="mintak dekat tuhan..kalau tak mintak, macamana tuhan nak bagi" -mak aku

Comments

ILynn Virgobiru said…
wahai jin lampu,
kurniakanlah kesemua permintaan incik yg menulis blog ini skrg.
supaya die boleh berkahwin in an instant!
wakakkakakakakakka

akhirnye,gue jugak yg untung. woohoo!
Anonymous said…
erk...

p/s: ko terpengaruh dgn amar ke?
Ooo..wish no 5 tu memang tamak haloba..
LOL..
Semoga dpt apa yang dihajati.
Aminnnnnnnnnnn~
Khalisa Ridzuan said…
batekk..batekk...

pekata kau je jadi jin,aku pun nk buat wish jugek...;p
Gua said…
aku rs kau dh berubah arah penulisan kau ni..dah tak absrak..
hahha

p/s kau dh donga lagu blues gang tajuk dio 'lamo tak jumpo' tak?
viruspadu said…
farid,
kalu jumpa jin tu akak pun nak wat wish gak...
mintak tolong dia langsaikan utang ptptn akak... boleh????
vrooommmm...
Anonymous said…
engkau nirh, kalau main the sims mesti mintak tlg jin lampu!!

mintak toyota vios tamau?
ILynn Virgobiru said…
mintak kat tuhan...
13may said…
Amin.

Kalau dapat hajat yg hang mintak tu, jgn lupa kat aku..okeh!
Nashrex said…
amin...
Anonymous said…
As-salamualaikum,..

menarik blog-mu...mudah-mudahan ALLAh swt memperkenankan hajat dan doa-doa mu..cuma kite nk tegur ckit tp bsr perkara ni...ayat awk ni bahaye..kate2 yg menjurus kepada syirik tanpa awk sedari mungkin, sounds funny but dangerus la.."kepada jin lampu atau genie in the bottle, jikalau encik jin sedang melayari internet dan kebetulan singgah ke sini, saya amat berharap bahawa encik jin dapat menunaikan hajat saya ini.

segala kerjasama dari pihak encik jin didahului dengan jutaan terima kasih.."

segala-galanye even buat pun ati-ati..takut terusik aqidah awk..

uitm shah alam strangers.
ILynn Virgobiru said…
This comment has been removed by the author.
ILynn Virgobiru said…
pada saya...ada penagajaran kat situ.faridfadhly ni siap ade org nk mintak artikel letak kat surau lg
maybe incik anonymous ni tak baca sampi abis...or tak simpulkan dgn baik.

terang2 kat postscript post ni ditulis,"jgn buang masa tulis surat kepada jin" dan "mintak dekat tuhan.."

jd, dh terbukti la faridfadhly bkan saja2 nk tulis ikut suka hati...tp in the end, die selitkan pengajaran.
Gua said…
biasala tu..
kdg org salah faham dan tak baca sampai habes..kmudian terus buat kesimpulan

Popular posts from this blog

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

Quelqu'un m'a dit