booth 15, Property & Home Exhibition, Alamanda Putrajaya.

ada satu teori yang kita panggil, work-life balance.

teori ini membincangkan bagaimana work life dan social life perlu seimbang, untuk seseorang itu lebih maju di dalam kerjaya mereka.

ini bermakna life aku adalah salah, secara teori.

mana ada work-life balance kalau kamu bekerja dan belajar pada masa yang sama.

tapi itu secara teori.teori hanya untuk jawab exam.

secara realitinya, ia adalah jauh lebih teruk daripada teori.

hari ini selepas sejam belajar di dalam kelas, kami mula bergerak ke sebuah tempat penternakan kambing untuk mengetahui lebih lanjut mengenai business ternakan kambing.

kambing-kambing di situ diberi makan napier grass (aku tak tau ejaan betul dia), sejenis rumput yang mampu memanjang dalam masa yang sangat singkat.

dalamlecturer aku kasi penerangan tu dengan selamba dia boleh makan sekali rumput tu.

ada beberapa classmate aku juga cuba mengambil hati lecturer dengan buat2 berminat untuk rasa rumput tu.aku tak nak. biasalah, aku kan cool.

tapi tiba2 sorg awek class aku boleh cakap "kalau u anak jantan, pergila makan rumput tu".

mana boleh jadi beb.aku makan terus rumput tu dengan rakus...asyikkkk.

ada juga mulut-mulut busuk mengatakan siapa2 yang makan rumput tu, taik dia nanti jadi macam taik kambing. tapi gua pedulik apa, janji nampak jantannn...

esok, aku ada mid-term paper di sebelah pagi.
esok, aku ada presentation di sebelah petang.
esok, company terlibat dengan property fair di Alamanda.

dan here i am, bukak laptop dan tulis blog.

oh ya, presentation aku bertajuk work-life balance.

work-life balance.

work-life balance.

Comments

ILynn Virgobiru said…
i know that ur having a tough now rite now...
dgn semua2 bende ni take off skaligus
sorry that i am not right beside you...
tapi i will always support you from where i am
kan?
don't worry!
i know you can do it!
Jed Sulaiman said…
esok, aku ada mid-term paper di sebelah pagi.
esok, aku ada presentation di sebelah petang.
esok, company terlibat dengan property fair di Alamanda.

dan here i am, bukak laptop dan tulis blog.

-------------------------------------

itu baru la namanye student
Amar B. said…
sebenarnya work-life balance adalah keseimbangan kerja dengan gaji yang diperolehi. Seter duweter...

ili, batek layan awek dalam kelas!!
the.dreamer said…
This comment has been removed by the author.
Gua said…
perghh..kau kene makan pil kuda do..

br leh gagah..err..dalam kerja seharianla
Adam Mohd Juni said…
btek mmg suke lyn awek dlm kelas
Anonymous said…
Salam.

Lu mau kasi ballance lengan apa lu makan? Sini wa kasi tau. Lu cali lumput kaler kuning. Lu makan itu lumput. Nanti aa lia punya kaler kelua aa walna bilu lo! Hohoho! Kasi telai la ho!

Telima kasih. Wa kasi nyalan la ho!
faridfadhly said…
rumput kaler biru pun gua takdehal la mau makan
ILynn Virgobiru said…
batek layan aku la dlm kelas tuuu (gayut phone dlm klas)
miszcatcha said…
haha. rilek je iliynn jawab. kewl2~
Baca entry ni teringat Buletin Utama hari tu..
Ada pasal daging kambing yang sebenarnya kurang kolestrol dari lembu..
Adakah dgn memakan napier grass itu kolestrol dlm badan anda berkurangan??
Hrmmmmmmm~

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.