surat untuk akak leha
hi kak leha. tujuan surat saya ni adalah untuk berkongsi perasaan dengan akak. sepanjang karier saya dalam family business ni, ada beberapa moment hampeh selalu berlaku time saya kerja yang merobek hati saya la kak. moment2 yang saya maksudkan ni biasanya akan membuatkan saya mengalami kemurungan, tidak sedap badan dan kadang2 buat saya tak semangat nak meneruskan hidup saya ni. walaupun benda ni agak remeh tapi saya tak kirela saya nak cerita jugak.
antara moment2 yang saya maksudkan kat akak tu ialah:
1. saya berurusan dengan sesuatu pihak dalam telefon terlebih dahulu dan beliau akan memanggil saya encik atau kadang2 tuan, tapi bila dah jumpa depan mata, diorang panggil saya adik.
2. bila orang carik saya di pejabat, tiba2 bapak saya lalu ke apeke dan cakap " ni anak saya..biarla dia belajar sikit-sikit"
3. bila saya nak sain satu2 agreement, lawyer/the other party akan tengok nombor ic saya dan cakap "muda2 lagi dah..."
4. kadang2 saya dan bapak saya kene jumpa orang dan tiba2 orang itu cakap..ni ayah ke?
5. ada staff yang tgh gelak2 pastu terus diam bila saya masuk office.
6. bila pergi bank pakai t shirt dan orang bank kena double confirm yang saya ialah saya.
7. cuba buat2 garang dan tegas tapi orang tak takut (biasanya orang bank)
nampak remeh je kan kak, tapi hati saya yang calar ni sape yang tau. kak, kadang2 saya pernah kene triple hit combo contohnya " oh muda betul u jadi director ni..adik baru kerja ke...dalam gambar ic nampak kurus pulak tapi u macam tembam sikit"
harap akak dapatla bagi komen akak tentang cerita saya ni. ok gtg bye.
pecah kaca pecah tong
sudah baca harap gantong
Comments
syabas bro sbb dah jadi director sykt.. :)
bila bosan layan kantung
"aiya bos.u buli anak suruh bayar aa. haiya.sudah-sudah. sini saya bayar"
malam tu kau sumpah menyesal tak ambil tawaran kerja tempat lain itu hari.
kak leha dah bace lum ratapan kau yg ini?haha
1.pk +ve.maknanya adik ni bermuka muda.ade yg umur mcm adik ni org dah sangka bapak org sbb muka tua.
2.bila bapak adik lalu,adik trus je ckp,"ni bapak sy..".
3.yg ni counter blk ckp org tu dgn ckp "kalo mak ayah sy kawin lagi awal,mesti sy tua sikit"
4.time ni cakap la korg mmg suke gi mana2 1 family.ikatan kekeluargaan yg erat.
5.senang je,adik masuk la ofis sambil gelak.tgk reaction diorg mcmana.
6.try x pakai tshirt.make sure ade 6 packs kt perut.
7.gunakan kaedah lain.kaedah sawan anjing ke.
gambar ic nampak kurus kat luar tembam tu cakap la gamba ic tu sbnarnya teknik photoshop.
akak dah komen dah semua.renung2 kan & slamat beramal.
p/s:bile mase aku jadi kakak kau?
auwww...! (suara jantan)