Posts

Showing posts from September, 2006

Selamat Hari Ramlah!

selamat pagi semua! apa kabar? hari ini adalah hari yg ceria! sebab hari ini ialah hari ramlah.selamat hari ramlah... semalam aku berbuka kat kedai..sbb org cakap buka kat kedai barula kool...ntah aku rasela.ha ha. menu yang bertuah yg telah dipilih oleh aku ialah " indonesian curry prawn mee " yg gambar die mmg xnak kalah nye.skali tgk2 dapat mee kari asas je.maka timbullah perasaan ingin mencarut dalam hati yang lara ini. tapi setelah melihat satu insiden yg lain , budak opis aku order kueh teow kungfu skali tetibe akak tu betolkan.. "mane ade kueh teow kung fu laa..kueh teow cantonese nama dia" dengan nada yg penuh menghina dan 'ek'....skali bile dapat mcm kueh teow apetah die dapat.kueh tiow org asli kot sbb xde rupe kantonis langsung.. ha ha.die lagi loser dr aku. apa kata kedai semalam menamakan semula menu "indonesian curry prawn mee" die tu kepada "mee kari asas" ke..atau "mee kari biasa dan diletak 2 ekor udang" . s...

kamu hanyalah kamu.

fiuh. gigi bawah aku patah. tapi dalam mimpi. apa maksudnya tuh? tadi di dalam mesyuarat jabatan pertanian negeri sembilan. aku telah dilayan seperti hero. walaupon. website diorg xdela hebat sgt aku bikin. "jadi encik farid dah buat untuk kita blablabla" "apa kata encik farid duduk kat sini je blablabla.." "saya rasa hadiah pertandingan laman web kita kasi encik farid blablabla" "blablabla encik farid ni kool la blabla" ok ayat last tu aku cakap sendiri dalam hati la. jadi tu lah hero yg aku ckp. hero kan? bukanla hero mcm orang terbang, superhero malaysia tuh. kalau yg itu tentulah nama aku encik suparman. tapi sebelum mesyuarat bermula, aku terpaksa melepak dgn pakcik2 itu. *perbualan dalam loghat nogori "kat mana kita nak minum ni?" "kedai mamak bawahtu la kan banyak" "kau ada cawan tak?" "straw pon straw laa.." aku senyum senyum aje sebab aku kan kool "bole tahan gak kering diorg nih".aku.dal...

sehari sebelum puasa.

aku ada satu idea. jika kau keseorangan dalam komuter yang sesak. mendengar perbualan orang lain adalah sangat menghiburkan. di hadapan aku seorang wanita dan anak kecil.duduk. di sebelah , 3 orang amoi.berbual sakan. "i was like..omg..blablabla...wtf? blablabla..helllooo..blablabla..oh my god!" lawak perempuan mmg x best.lawak amar lagi best kot walaupon diulang ulang. ha ha. senyum kepada anak kecil.dan ibunya.kot. "helo...ok nanti aku sampai". seorang itu menjawab telefon. oh.rupanya melayu.ingatkan amoi. aku usha mereka. xdela lama..tgk2 mcm tu aje. yela yela..mmg aku ushala aweks tuh senang cite. oo..melayu... sampai di sebuah stesen orang yg duduk sebelah makcik tu turun. dengan sepantas kilat aku melompat mcm goalkeeper nak tangkap bola ke tempat duduk itu. pastu aku ckp, "semua org jgn x puas hati eh..saya mmg layak duduk sini sbb mmg betul2 kat depan saya seat nih.harap semua faham!" dalam hati akula.padahal xde sape pedulik pasal aku pon time tuh...

"luke...i am your father"

Image
tahukah kau.wujudnya agama jedi. ya jedi. golongan pahlawan yg baik dlm star wars itu. agama ini telah di 'official'kan pada 2001 dan kebanyakannya rakyat australia. skarang kalau x silap 390,000 jedi wujud kat dunia. jadi kalau agak2 kalau kau jumpe jedi kat mana2..x payahla bg salam. ckp kat dia "may the force be with you" adakah tuhannya george lucas? yoda jadi ape pulak? adakah org yg murtad akan dianggap anakin skywalker? adakah setiap penganut diwajibkan memiliki lightsaber? mungkinkah alim ulama akan memiliki lightsaber kaler purple mcm master windu? ha ha. sebenarnya pada pendapat aku golongan2 ini pada asalnya tidak mempunyai agama atau atheis.jadi agama jedi ni kira mcm bolela dari xde kan. fanatik yg terlampau kepada star wars. mungkin banyak lagi agama yang tidak di-official-kan seperti agama matrix ke , lord of the ring ke prison break ke (tetibe je).tapi cite dua hati best aa ade kyra.nampaknya semakin lari tajuk. kena stop cepat nih. jadi sebenarnya aku...

dua hati

nadia dan kyra memasuki pertandingan miss bradden. dan, mereka berjaya melangkah ke top4. pada peringkat ini kyra menggayakan pakaian ala hindustani. nadia dengan pakaian ceongsam. huh, tiada sesi swimsuit dalam pertandingan ini. ok cerita aku hari ini bermula, pada sesi terakhir pertandingan ini. "apakah 5 perkara yang penting dalam diri anda" soalan kepada nadia. perkara penting pertama bagi saya ialah mama dan papa saya.kerana tanpa mereka saya tidak ada di sini. perkara kedua ialah diri anda , kerana anda yang menyoal saya. ketiga ialah diri saya ,kerana tanpa saya , anda tidak akan dapat menyoal saya. keempat , diri saya juga ,kerana tanpa saya , anda tidak akan dapat jawapan dari saya. kelima ialah anda penonton semua , kerana akan mendapat pemenang miss bradden anda" bagi aku jawapan nadia adalah jawapan pemenang. "apakah hadiah paling istimewa pernah cik kyra hadiahkan pada seseorang?" assalamualaikum. hadiah paling istimewa saya ialah surah al fatihah ...

selamat hari lahir...lagi.

Image
seketika selepas berakhirnya peristiwa di atas. kulan,menelfon aku. kulan: farid,kau dah dgr cerita belum? aku: ha..pecite... kulan: kau tau kan..mak kau pegi hadyai dgn mak aku kan? aku: ha ah..kenape? kulan: aku n ak bgtau kau ni..pasal mak kau. aku: (diam sekejap) kenape? kulan: kat sana ada serangan bom. aku: .... kulan: tapi kau jgn risaulah..mak aku dgn mak kau selamat..sekarang diorg kene duduk dalam hotel..x bole nak keluar sampai esok. cheh..mamat ni mmg bikin saspen.buat seketika aku merasa amat amat amat cuak.setelah aku call bapak aku semua lepastu alhamdulillah la semua selamat. jelas terpancar kelegaan di muka aku ketika mak aku sampai rumah , semalam. mak aku tgh seronok shopping ketika letupan itu berlaku, dan terpaksa berlari lebih kurang sebatu jugakla untuk carik tempat perlindungan. selamat hari lahir kepada bonda ku tercinta Pn. Rosmah. Alhamdulillah. mungkin birthday yg paling diingati oleh beliau. mungkin begitu agaknya.mcm orang2 yg dalam drama m...

selamat hari lahir ili liyana

Image
hari semalam. aku diarahkan ke jabatan agama negeri sembilan dengan membawa antivirus. aku dengan semangatnya melangkah dan terasa diri amat penting. walaupun sebenarnya xlah penting mana. tapi tahukah kau pejabat agama dan jabatan agama adalah lain sama sekali? aku pergi ke pejabat agama , bukan jabatan agama. "saya dari uptm , tadi ada encik pipi dtg buat maintenance kan?".dengan nada yakin. "saya bukan pekerja kat sini".wanita itu. cheh.di sini skill untuk mengcover line amat penting. cuba beberapa skill seperti buat2 nak call org opis (padahal x call pon) atau gaya bz yg lain. skill meludah sambil diselang selikan dgn mencarut adalah dilarang sama sekali.tu skill x bole pakai. oh lagi satu, apesal la awek tuh kena gi pejabat agama eh? hmm hmm. dipendekkan cerita dengan koolnya (padahal dah malu) aku diberitahu bahawa jabatan agama adalah bangunan di sebelah. ingat.jabatan agama dan pejabat agama.beza tu.jangan jadi mcm aku.ha ha. ok lupakan kisah itu. hari ini ...

bola situ sana sini

Image
harini merupakan hari lahir ibu si kacang .aku hanya sempat mengirimkan sms lewat malam tadi.bole tahan gakla poyo sms tuh.aku mendapat reply yg berbunyi : thks for d bday wish.U're the champion, 1st one to wish me.Uncle pun dah kalah. ha ha senyum senyum sebelum tido. aku nak kata rapat dgn mak si kacang nih xla sgt.adela beberapa kali berbalas msg dan call kot.ada sekali tu aku call mak dia sebab aku mendapat berita yang si kacang telah pengsan dan masuk klinik.terus aku call mak dia.rupanya tu semua dusta semata.hampeh.nasib baik aku bijak menunjukkan reaksi2 kool dan tenang abes.(padahal terasa bodo kena kencing) time birthday aku dulu juga makbapak si kacang ade belanja aku makan kat area bangi jugakla. sangat gigih aku menjaga tingkah laku dan tatatertib. ha ha.padahal rambut serabai abes. kesimpulannya kita kena pandai amik ati orang tua pasangan kita.(poyo) tunjukkan yg kau , orang yang bawak anak dia ke hulu ke hilir tu , orang yg boleh dipercayai. bende2 nih sebenarnya ...

pesona algebra

ada sebuah bilik kecil.banyak di pasar raya.di dalamnya ada orang menyanyi dengan membayar rm1 utk satu lagu.pernahkah kau.menyanyi di situ bersama kawan.tiba tiba nyanyian kau sengau.bukan! bukan sengau yang itu.sengau disebabkan anda menutup hidung.ya , kawan kau baru sahaja kentut di dalam bilik itu. sila buka pintu dengan cepat jika anda mengalami kejadian seperti ini. hari jumaat merupakan hari enjoy jugakla disebabkan hari itu kami makan special sikit.aryn kerja last day.budak praktikal yg paling awal habes. petang itu lepas waktu pejabat aku berjumpa ah cong , rakan seperjuangan yg sama2 ditangkap menconteng tangki sekolah beberapa tahun yang lalu , menyebabkan sijil spm aku ditahan. argh , kalau result gempak xpela jugak. jadi kami minum bersama dan berbual2 mengenai realiti kehidupan (poyo) "apa mau bikin pasni chong?"aku. "karaoke jom".ah cong. = )

berikan aku diari.

malam nisfu sha'ban.bukak buku catatan baru, aku terfikir utk baca yasin tp bertangguh2 sampai sekarang. semalam penyelia ukm datang melawat. menyanyi riang dalam hati. sambil berjalan aku berfikir. apakah hari ini lebih baik dari semalam. apa kebaikan aku buat hari ini. apakah setiap hari aku sama saja. cukup! bukan! bukan itu yg aku nak cerita hari ini. tepat pukul 5 ptg aku sudahpun berada di depan lif. pintu lif terbuka. lif penuh. semua orang memandang ke arah aku. "bye", aku berkata sambil mengangkat tangan. pintu lif tertutup semula. apa yg aku buat ni? hidup mcmni bikin gua gila... p/s=aku telah selamat menaiki lif 2 sesi berikutnya.tiada lawak "kau kentut ke?" dalam lif kali ini. = )

makan.di kafe.

Image
seperti biasa kami makan tengah hari di kafe. "kau tgk makcik tuh" kata hawa sambil menunjuk ke arah makcik kening tebal , satu watak yang selalu ada time aku kat kafe. "biar je aa..slambeje kau kutuk kening dia".aku. "eh bukanla..tgk kaki dia".hawa. baru aku perasan yang kain die terbelah , nampak paha. ape daaa..baik xyah pakai tudung. aku terasa malu walaupon aku bukan anak dia. aku terpikir yg kalau die x pakai tudung..org x rasa pape kot?tp x jugak sbb dia dah tua. lantaklah. mcm2..... di sini juga aku selitkan beberapa cara memakai tudung yg salah dan sering tidak diambil peduli oleh masyarakat. tu tgk tuu..die ingat kool abes aa pakai tudung camtu.parit habesss... tapi bagi remaja yang mementingkan fesyen terkini,mungkin ini cara yang baru untuk kelihatan matang dan bergaya. cubalah! fewit! kepada makcik,insaflah. apa kata makcik memakai baju kurung yang xde belah2 dan tudung mawi. pasti bertambah manis. cubalah! (berapa banyak cubalah daa..) aku s...

perempuan melayu terakhir

dalam sebuah episod gol & gincu. reza telah memberitahu putri bahawa dia tidak berapa suka cara putri dan 'tak cukup melayu'. reza : u ckp english je.lagu melayu kurg dgr.pemikiran dan cara hidup western sgt. putri: i suka makan sambal belacan ape. ini membuatkan putri x berpuas hati dan membuat beberapa perubahan. dia menonton cerita main main cinta. dia bercakap dalam bahasa melayu yang skema abes. dia membaca novel melayu. dia cuba mengajak reza menonton teater melayu. "ckp kat reza..kalau die tu melayu asli x payah kerja kat tempat futsal tu..futsal kan game orang putih" "melayu cina india tu nama saja..x penting.semua orang ada identiti sendiri.semua org unik" "melayu suka dgr lagu melayu , suka amik tau hal org , mkn sambal belacan , dengki hal org , pemalas..tu la melayu." perempuan melayu terakhir ni aku pon x paham apela sebenanye...tp pada pendapat aku perempuan melayu terakhir tidak semestinya perempuan yang lemah lembut dan sopan sa...

sejam sebelum pulang.

Image
tiada cerita malam merdeka . jika anda melihat anak anak muda sedang makan beramai2 di kedai, biasanya 2 orang akan tunduk memandang telefon bimbit mereka. berambus ashley cole jose antonio reyes pascal cygan selamat datang william gallas julio baptista denilson (kapten pasukan brazil u19) ting ti tu tu tinini nini ting tididing ting ting. stadium paroi masuk free esok.