Posts

Showing posts from October, 2006

awie arni mawi ina siti nurhaliza dato k

hujan turun lagi. oleh kerana pejabat bapak aku tidak berapa jauh dari sini, aku sering menjadi orang tgh bagi urusan bapak aku.sebagai contoh, hari ini aku terpaksa menghantar cek kepada office boy bapak aku yang takla 'boy' sangat..aku pon panggil die pakcik je.tapi die panggil aku 'abang'. manja gitu. "abang..tn. hj. ada kirim cek kan..pakcik datang ya?" "ok..hujan ni pakcik ..takpe ke?" "takpe.." "ok.tunggu saya dekat bawah.dekat kereta saya" dalam perjalanan aku sempat singgah di pondok jaga untuk meminjam payung.pak guard itu sedang mengaji. ok dalam hujan lebat juga aku dengan yakin melangkah untuk menyerah cek kepada pakcik...tetapi.. tetapi... cek itu tak ada...mana cek tu... "pakcik..penat saya carik ni..tak adala..err..esok dtg lagi...saya carik dulu? " kelihatan seorang lelaki tua membawa motor di dalam hujan. pak gurd pula masih mengaji. nyanyi dalam hujan. nyanyi dalam hujan. bergembira selalu. angkat tanga...

aku masih hidup.

hi korang semua.. macamana raya? best tak? apesal tak best? ok la tu..nak best camana lagi... raya aku setakat ini boleh tahanla..7 buah rumah..1 wayang , beberapa buah drama dan 2 game bola.dan akhirnya aku menulis blog.. drama raya. drama raya adalah sesuatu yang perlu ada ketika raya.biasanya akan ada dua jenis drama raya yang akan kita tonton iaitu drama sedih dan drama komedi.tetapi drama pilihan aku ialah; drama menyayat hati di bulan syawal drama ini biasanya mempunyai tajuk yang lebih kurang , iaitu 'sebening syawal' 'sayu gema takbir raya' 'sehelai selendang putih' 'pondok buruk' dan lain lain tajuk yang boleh menimbulkan mood-mood sedih kau orang la. drama ini akan mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri tua yang hidup dalam keadaan yang miskin dan susah..dan mereka mempunyai anak yang derhaka dan biasanya pada tahun itu , anak mereka ini akan pulang beraya. tapi sayang , segalanya terlambat...mungkin si ibu atau si bapa telahpun meningga...

selamat hari raya jumaat

hi korang semua.. sejak akhir2 ini aku sibuk membuat inventori komputer di jabatan2 lain.kerja aku hanyalah perlu mengambil no siri semua komputer yang ada di sebuah jabatan tu..kemudian conteng CPU tu no siri baru dia pakai marker.aku terpaksa pergi bersama makcik2 yang wujud kat jabatan aku ni.jadi nak diikutkan kerja ini taklah mengambil masa yang lama..tp aku terpaksa menunggu makcik ni berborak dgn member2 mereka.. sbg contoh , unit audit dalam hanya mempunyai 4 buah komputer , tetapi terpaksa mengambil masa yang lama kerana makcik team aku ni sempat bertukar2 resipi kuih raya.. menarik kan? sempena hari jumaat , aku mau mengajak korg yang tak sembayang jumaat tu (kalau ade)supaya bawak2la semayang jumaat. kepada selalu yg dtg lambat , dtgla awal supaya bole dgr khutbah. kepada selalu yang dgr khutbah , dgr2 dan hayatilah isi khutbah tu. oh ya , aku pernah membaca khutbah di sekolah aku dulu.. jom jom kite flashback ke zaman skolah.. pagi itu aku berasa sangat ngantuk dan tiada mo...
Image
ok macam blog lain.... setelah sebulan kita berpuasa , dari subuh hinggalah ke zohor. ops. maghrib.. marilah kita meraikan hari kemenangan umat islam... dengan ingatan tulus ikhlas dari faridfadhly.blogspot.com maaf Zahir Batin

cakap siang pandang pandang.

P arking lot di pejabat aku mmg sangat terhad menyebabkan aktiviti double parking atau memblock kereta orang adalah aktiviti yang 'dipandang mulia' di sini . jadi kereta yang memblock biasanya akan disertakan dengan no phone , bagi memudahkan orang yang di-block memaki hamun atau memarahi orang yang mem-block kereta mereka... dan aku baru je turun bawah tadi untuk mengalihkan kereta... lepastu aku tak terus balik..sbb alang2 aku dah berjalan tu..aku pegila surau untuk tidur sepam dua.sungguh buruk perangai korg..eh maksud aku perangai aku..dan sekarang aku masih lagi dalam keadaan lalok lalok ubi.wujud ke istilah lalok lalok ubi tu? aku main type aje. lantaklah , baik aku tulis blog lagi best. cakap siang pandang pandang. petang itu aku menegur solehah , pelajar praktikal yang wujud di pejabat ini.seperti aku. tapi dia ni dekat department lain. aku membuka topik mengenai kerja2 yang telah dibuat dan bagaimana menjalani kerja seharian. "aku takde keje langsung..bosanlah...

gelap akan hilang.malam kan bertukar siang.

Image
hi semua... 2 hari berpuasa di perantauan membuatkan aku sangat penat dan berazam untuk mendapatkan rehat yang cukup pada hari ini.beberapa teknik rehat yang cuba aku praktikkan ialah tidur , baring , berguling2 ke kiri dan kanan , tidur , bukak tv dan kemudian tidur di depan tv dan tidur. wow..sungguh banyak cara yang aku praktikkan kan? tapi bila tgh tidur tu tiba2 je badan aku dengan sendirinya pergi ke pc dan kemudian menulis blog.wow hebat kan aku? (sila angguk) oh 'perantauan' yang aku ckp tadi tu takde lah pergi mana pun..merempat di rumah bujang member aku dan mengedai (shopping) seharian suntuk semalam...'perantauan' la tu kan?..ala kire cincaila.. cerita mengenai puasa di perantauan ni membuatkan aku nak cerita sikitla time aku puasa time pegi umrah dulu.Bila time mcmni Mekah adalah sangat sesak..semua jalan adalah mcm jalan TAR..sesak abes..tapi yg bestnya bila tiba time sembayang semua jalan tu tiba2 je kosong..siap dengan tauke2 kedai sekali pun hilang..kal...

16 ramadhan.

halo semua orang. hari ini adalah hari tidur. petang tadi aku telah dikejutkan oleh brader jen (jendul)..aku bangun sekejap dan kemudian ingin menyambung tidur , sekali tgk jam dah pukul 5 dan sejurus selepas itu badan aku tiba-tiba menjadi 'cargas' seperti baru lepas minum pawarut. dalam beberapa saat aku telah melesapkan diri dari pejabat dengan jayanya. ok dalam perjalanan pulang aku sempat singgah di bazaar dan aku dapat memerhatikan kewujudan ramai budak2 skolah memakai baju batik outing mereka..ya aku kenal baju tu..budak smap rupanya.teringin pulak nak pakai baju batik outing tuh.. beli kebab.roti jala.puding caramel. pukul 7 aku di meja makan. ada kebab.roti jala.puding caramel. seperti ada yang tak cukup..ape aa? oh. family aku yang tak ada rupanya. berbukalah aku seorang diri di rumah.. angkat keyboard tanda simpati kat aku. p/s: malam ni apeeee? bolaaaaa...

fikir dulu.sebelum buang.

setelah membaca tentang orang tak bertamadun di blog akirasuri. aku pernah mengalami satu kejadian aneh dan mistik , tahun lepas. ketika aku sedang mendaki great wall of china , beijing , aku telah berniat untuk menconteng nama di situ dengan alasan, kalau sampai ke situ lagi suatu hari nanti..bolehla tgk balik nama aku tu. dan. ketika dalam perjalanan aku melihat sekeliling.orang china mungkin tidak ada di situ.tapi bermacam2 jenis masyarakat di dunia ada di situ.putih dan hitam.mata sepet dan mata merah.orang arab dan tidak lupa juga orang utan jadi dalam perjalanan aku membuang sampah dengan penuh konfidennya. "tak maula buang sampah kat negeri org dik.buat malu je" tegur seorang lelaki. "tak kentangla mcmni" ayat penyedap cerita oh. orang malaysia pun banyak di situ.niat menconteng dinding juga turut terhenti selepas itu. mistik kan kan? sila angguk 3 kali. p/s: jangan buang sampah merata rata.

gadis mencaduk.

Image
pernahkah anda puasa 'setengah hari' masa kecik2 dulu? aku pun. tapi semalam aku dah tak puasa setengah hari dah.. semalam aku puasa 3 jam. lepas sahur tidur.bangun pukul 11. pukul 12 tidur balik. bangun pukul 5. hebat kan...puasa 3 jam. jadi disebabkan aku dah 'mencapai kejayaan' yg cemerlang..aku telah membuat keputusan untuk menulis blog.mungkin kat sini aku bolehla meng-ekspresikan kebanggaan aku.. ha ha. di sini aku ingin cerita pasal perempuan lawa. apa yg ada pada perempuan lawa ? biasanya lelaki akan teruja jika ada 'aweks hot'. jadi kerana inilah perempuan lawa perlu digunakan sebagai model barangan dan produk. sebuah filem juga memerlukan heroin yang ada rupa dan mantap. pelbagai jawatan2 utk perempuan lawa juga telah wujud seperti gadis litar la..awek bagi hadiah kat podium..dll. wujud juga 'gadis booth' selalunya kalau ada pameran mcm pc fair tu...kerja diorg ni hanyalah melepakkan diri di booth untuk menarik perhatian pengunjung utk pergi ke...

iklan.

Image
"mana perginya 3 orang itu ya?"mereka bertanya. mereka tidak tahu. mana hilangnya tuan doktor yang mereka harapkan. "lihat orang itu..kita akan sentiasa mempunyai harapan jika beliau masih ada" kata mereka sambil menunjuk ke arah john locke.orang tua itu. tua tapi berbudi. keras tapi mengerti. a tale of two cities.apakah nasib jack , kate dan sawyer yg ditangkap oleh 'others'. pembukaan season 3 .malam ini.( jadi esok baru bole download. ) sekian saja iklan lost cakap melayu di faridfadhly.blogspot.com p/s: virus chii diterima..tunggu..

mana hilangnya orang itu?

Image
jika anda membaca entry perkara terindah di dunia , si kacang ada dalam senarai itu..jadi.. kali ini aku nak cerita sikitla pasal 1st date aku dengan si kacang manela tau nnt aku lupa ke..bolela baca bende ni balik. mula2 aku mengenali si kacang ialah pada sem pertama aku di ukm.pada waktu kuliah kmk.... group projek kmk aku terdiri dari ikan , abang burung dan ramai lagi la..siap ade sorg mamat cine nih xde geng teros join kitorg...skali terlebih ahli lak..maka dengan slambenya akak tutor tuh memilih seorang 'loser' untuk dicampak ke group lain.. mesti korg rasa 'loser' tu aku kan? salah tu... maksud aku salah kalau korg x teka aku.. maka tercampaklah aku ke group budak2 pompuan yg sorg pon aku x kenal..budak multimedia rupenya diorg sume.pastu dtgla watak si kacang ni kat aku lalu bertanya.. "nnt kite buat discussion ok..blablabla" "bagila no phone blablabla" sebenarnye sepatah haram die ckp pon aku x amik 'port' sbb aku tgh tension tim...

inderaloka kita.

berdua di dalam kereta kami pulang dari tarawikh. seperti biasa laluan pintas kami gunakan untuk ke stesen minyak. dan. ketika pulang , short cut , berdiri sendiri seorang lelaki ; di bahu jalan.di dalam gelap. dan aku , memandu dengan lebih laju.... "ibu pernah lalui situasi sebegini dahulu, tapi bukan jantan , perempuan berbaju putih" jelas ibu kepada aku. "oh.saya juga" "saya pula pernah terlihat 2 ekor kuda , ya kuda , ketika hendak me-mapley-kan diri jam 3 pagi di bangi dulu" ya , kuda. seram kan? hiii hiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiii (gelak seram)