dua hati

nadia dan kyra memasuki pertandingan miss bradden.
dan,
mereka berjaya melangkah ke top4.

pada peringkat ini kyra menggayakan pakaian ala hindustani.
nadia dengan pakaian ceongsam.

huh, tiada sesi swimsuit dalam pertandingan ini.

ok cerita aku hari ini bermula, pada sesi terakhir pertandingan ini.

"apakah 5 perkara yang penting dalam diri anda"
soalan kepada nadia.

perkara penting pertama bagi saya ialah mama dan papa saya.kerana tanpa mereka saya tidak ada di sini.
perkara kedua ialah diri anda , kerana anda yang menyoal saya.
ketiga ialah diri saya ,kerana tanpa saya , anda tidak akan dapat menyoal saya.
keempat , diri saya juga ,kerana tanpa saya , anda tidak akan dapat jawapan dari saya.
kelima ialah anda penonton semua , kerana akan mendapat pemenang miss bradden anda"

bagi aku jawapan nadia adalah jawapan pemenang.

"apakah hadiah paling istimewa pernah cik kyra hadiahkan pada seseorang?"

assalamualaikum.
hadiah paling istimewa saya ialah surah al fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran yang saya sedekahkan kepada arwah ibu dan abang2 saya.

(kyra hanya tinggal dengan ayahnya sahaja , ibu dan abang2nya telah mati dibunuh dihadapan bapanya)

hadiah seterusnya ialah air milo yang saya bancuh setiap pagi untuk ayah saya.

dan lukisan2 yg saya lukis untuk kawan2 saya.



jawapan kyra mmg berjaya memberi sesuatu kepada aku.
hadiah al-fatihah adalah satu2nya yg kau mau , bila kau dalam kubur nanti.
mcm lagu rabbani , yg skarang dah dinyanyikan semula oleh amuk.

sebujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim?

ya , si mati akan dapat pahala Al Fatihah yang kau baca.
dan , kau , akan diberikan pahala sedekah.
mungkin bagaimana agaknya aku 2 beradik bila ibubapa aku tiada nanti.
atau bagaimana pula keadaan aku dalam kubur nanti?
jawapan kyra juga adalah jawapan pemenang.

kyra menjadi johan dan nadia di tempat kedua.

2 orang lagi kalah teruk.

"jika anda berjaya menukar sejarah , apa yang anda mau tukar?"
soalan utk cik sheila yg dpt hadia tercorot.

"sejarah yg ingin saya tukar ialah..err...buku sejarah tingkatan 4."
"buku tu sgt tebal..jadi saya nak nipiskan sikit"
dengan nada yang sangat yakin dan muka 'ek'.

cubaan lawak yg bolela tahan.

tapi aku klaka dgn peserta lagi sorg tuh.

apa pendapat anda tentang sesetengah orang yg membangkang pertandingan ratu cantik?

kelihatan minah itu terkulat-kulat dan tersenyum kambing.
dan buat muka.
"world peace".jawab beliau.sambil buat gaya 'cute' yg buat kau menyampah
.

ha ha.

Comments

Gua said…
al fatihah utk mereke yg tlah tiada..

tp nadia dh breakngan amin kan
sbb mahmud ali bashah tua gannut gila tuuut tutt
ILynn Virgobiru said…
assalamualaikum

mungkin bagaimana agaknya aku 2 beradik bila ibubapa aku tiada nanti.
atau bagaimana pula keadaan aku dalam kubur nanti?


jgn la ckp mcm tu...takut la...
=(
Amar B. said…
kyra mmg pandai bermadah.
Anonymous said…
peminat 2 hati sungguh..tp cite tu lombap sgt..nk tgk kyra bukak mulut..adoih..tal larat nk tgk..huhu
asiput said…
aku suke bile..

kyra memmanggil ayahnya..
kyra memanggil nama kawan2nya..
kyra cuba memujuk kawan2nya..
kyra taknak bercakap dgn org..
kyra cakap `tak`
kyra makan..
kyra tido
kyra ape lagi ekk??
(iklan celcom maya karin)
Jed Sulaiman said…
kyra n nadia ni sape?
Anonymous said…
ha ha ha.
asiput kelaka siut.

"skejaaaap je"
kata kyra dgn nada sengau.
hayad said…
cite ape ni ek? aku tak tau pun...???
ILynn Virgobiru said…
cite best. titik.
akirasuri said…
ha ha ha cerita apa ni??huhu tapi membawa seribu satu maksud yang mendalam ;)..kalau incet farid yang mencipta jalan ceritanya, syabaslah sebab ada tersirat dan tersurat..tapinya kalau bukan, ha ha ha tarik baliklah kata-kata syabas tu...
Anonymous said…
kepada bojed..kyra n nadia tu aku jumpe kat pasar malam haritu.slambela aku interview diorg.

kepada dayah dan akirasuri..cite ni..err...sapetah yg reka.

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.