Posts

Showing posts from 2007

assalamualaikum, 2008.

Image
presenting, 2007 most memorable quote by, ehem, yours truly. kami pergi ke kelas petang itu (wow) dan kelas itu hanya memakan masa 15 minit sahaja. "haus la" , kata adam. "mapleyyyy" kata semua orang. -entry pertama pada tahun ini. JAN 08 07 "p/s=enjoy di atas merujuk kepada aktiviti bermain k****** kawan dan usha ******* kawan dan perkara perkara keji yang lain.tak ada gaya nak dpt ijazah lgsg." -post selepas exam terakhir di UKM. APR 30 07 `hari ini aku rasa aku mau tulis panjang2 dekat sini disebabkan hari ini secara officialnya aku telah meninggalkan ukm.meninggalkan kawan kawan.men inggalkan alam mimpi.' - meninggalkan UKM - MAY 24 07 orang malaysia suka tawaf kidei. orang malaysia suka melontar. (tawaf kedai , melontar ringgit) -pulang dari menunaikan umrah -JUN 07 07 ' Au revoir , Thierry .' -ucapan selamat tinggal kepada all time hero yang berhijrah ke barcelona, dan kemudian menjadi sampah. JUN 25 07 aku rasa cinta bila aku kut

kepada eduardo sila hantar england ke hell.

hari ini aku nak pesan sikit kepada pengguna2 tandas awam, jangan sesekali tutup penutup jamban duduk. aku tak suka. tadi ketika di dalam tandas awam aku telah mencipta satu pepatah yang dieksploitasi dari filem forest gump, life is like membuka penutup jamban duduk di tandas awam, you never know what you gonna get. sekian.

penat beb.

hari ini aku pergi pejabat lawyer naik LRT. dan aku puasa. mungkin aku rasa jalan ini boleh buat aku save budget sikit sebab gua tgh kering beb. tapi sayang..menu berbuka aku tadi dah boleh cover 2 hari punya expense. cheh. masa aku dekat pejabat lawyer tadi aku teringat salah satu scene dalam filem bee movie. scene di mana seekor gajah bertanya kepada nyamuk, " so, you're a lawyer too? " nyamuk cakap, " well i'm already a blood-sucking parasite, all i need is just a briefcase " ha ha.

jangan baca

lecturer financial management aku cakap dalam kelas, there's no such thing as a free lunch. aku jawab, "er..kenduri kawin?" dia cakap kenduri kawin bukan free lunch, sebab kita kena letak duit dekat tangan dan salam tuan rumah. selepas kelas, aku ada appointment dengan classmate, mukhidinov, di sekitar kuala lumpur (gempak kan bunyik) aku suka borak dengan mukhidinov sebab dia suka praktik perkataan2 bahasa melayu yang dia belajar, tak macam orang iran yang suka belajar mencarut dalam bahasa melayu. semalam sorg mamat iran datang kat aku dan cakap "susu". ntah siapa yang ajar perkataan tu dekat dia pun aku tak tau, susu bukan mencarut laa.. sebelum pulang kami lepak layan teh tarik dan mukhidinov banyak mengajar aku tentang jangan terburu-buru dan keep all your plan under your hat. aku malas taip panjang2, tafsir sendiri. dia juga telah membelanja aku makan tapi tiba2 aku teringat kata2 lecturer gua.. theres no such thing as free lunch jadi aku rasa kita boleh

berkawanlah dengan polis dan lawyer.

Image

happy deepavali

oleh kerana aku dah minat baca buku sekarang, apa yang aku dapat daripada buku-buku warren buffet. prinsip 'start early' , mulakan karier anda secepat mungkin, warren buffet memberitahu bahawa beliau start late dalam membeli share pertama beliau - iaitu pada umur 11 tahun beliau membeli ladang pertama pada umur 14, hasil daripada kerja menghantar surat khabar. company beliau kini mempunyai 60+ anak syarikat dan setiap tahun beliau hanya menulis surat kepada semua CEO syarikat2 tersebut, dengan pesanan (buffet's famous quote) rule no.1 , do not lose your shareholder's money. rule no.2, do not forget rule no.1 tidak mempunyai driver, suka memandu sendiri untuk kemana2, menaiki kapal terbang biasa dan tidak mempunyai private jet, walaupun he owns the world's largest private jet company. tak suka high society crowd, lebih gemar membuat pop corn dan kemudian menonton tv. masih lagi tinggal di rumah yang dibeli 50 tahun dulu, kecil, tapi menurut beliau rumah tersebut mem

arsenal 2 man u 2

Image
sedikit mengenai perlawanan arsenal dan man u. dramatik, gallas menjaringkan gol sendiri dan kemudian menjaringkan gol penyamaan di saat2 akhir.gambar di bawah ini menunjukkan reaksi fabregas selepas gol penyamaan yang dramatik itu. (klik gambar untuk layan) menurut beberapa sumber daripada kenalan fabregas (bojed) , mesej yang disampaikan oleh fabregas kepada rio ferdinand (rio ferdinand! rio ferdinand! gaya hasbulah awang) ialah "ngetop...ngetop!" ferdinand terus emo apabila mendengar mesej itu dan kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai fan club nenek gooner ini, sila hubungi saya sekian terima kasih. maaf nek cucu tumpang lalu.

millionaire's plan

Image
jom kita cerita sikit pasal millionaire plan untuk average joe. kepada semua average joe, (termasuk aku) study gambar ni betul2, dan buat millionaire plan anda. esok cikgu nak tengok homework kamu semua. ingat, hanya ada one& only syarat untuk plan ini berjaya, simpan 20% (dalam gambar 20%, kalau 35% ?) at the moment anda menerima paycheck. nak invest dekat mana? buat investment portfolio kau sendiri (ok ni homework lain) kalau anda gagal menjadi millionaire pada masa ditetapkan, simple, anda melanggar one & only syarat itu. selamat menjadi millionaire. dan kepada average joe dlm plan ni, selamat memilih investment3 dan menjadi millionaire pada umur 44 =)

mari berkawan dengan orang iran

farid fadhly: i owe u 40rm Farhad Pourkalbassi: But you remebered now. Farhad Pourkalbassi: farid fadhly: i'll give u next week Farhad Pourkalbassi: Even if you didn't pay it is HALAL from me farid fadhly: just remind me in class Farhad Pourkalbassi: Our frienship values more than these numbers Farhad Pourkalbassi: Ok farid fadhly: business is business, farhad Farhad Pourkalbassi: Farid, what are u doing daily after office, ( if it is not private question ) Farhad Pourkalbassi: Do you like to go outside together sometimes? farid fadhly: no problem Farhad Pourkalbassi: I am interested to understand your culture and your people more than this Farhad Pourkalbassi: But I am not sure if you are busy or Farhad Pourkalbassi: You are interested at all p/s= sbb orang iran xdehal kalau kita hutang dia rm40. =)

syabas!

Image
syabas! aku dah habis exam. syabas! arsenal dan liverpool sama-sama membuat keputusan untuk tidak meleburkan rekod tanpa kalah mereka. syabas! semalam aku menonton satu lagi world-class performance dari enfinity, P Ramlee the musical. syabas! aku ada kawan, nama dia syafiq abas, atau nama pendek dia, syabas! p/s: pergi tengok p ramlee musical, aku paksa.

happy birthday arsene wenger.

Image

memori

tiada apa yang lebih dramatik melainkan grand prix terakhir F1 season ini di mana lewis hamilton, the rookie , hanya perlu mendapat tempat ke-6 utk kejuaraan dunia pertama (ini 1st season beliau). rookie bukan sebarang rookie. dia masih boleh menjadi juara jika mendapat tempat ke-7, dengan syarat kimi raikonen tidak mendapat tempat pertama. dan dia akhirnya mendapat tempat ke-7. dan kimi tempat pertama. dramatik. macam pasukan man united yang menjaringkan 2 gol di masa kecederaan di saat semua pemain simpanan bayern munich sudah berdiri meraikan kejuaraan eropah mereka. dan juga macam aku, tak study sepanjang semester dan kemudian akan belajar malam ini, untuk final exam esok. aku saja buat macam tu, barulah dramatik. p/s= ada satu jenis rookie yang turut tewas malam tadi, pasukan myteam2. mungkin sebab rookie tapi nickname nak canggih (dani alves, degawan, dll)

amaran: jangan bagi duit raya dekat budak2 sekarang sebab diorang banyak duit, aku nampak semua ada handphone.

sekumpulan kanak kanak di kampung sedang duduk berbual-bual. salah seorang dari mereka membelek2 handphone aku. "tak best betul handphone ni, kamera pon takde" kanak-kanak yang umurnya separuh dari usia aku, mungkin darjah 6, masing-masing memegang handphone mereka di tangan. aku punya yang paling cikai. budak sekolah rendah zaman sekarang.

kehidupan anda bergerak dengan pantas, dan tiba-tiba menjadi perlahan untuk beberapa hari.

kehidupan normal telah bermula seperti biasa. kehidupan yang berpusing pusing. rotation macam liverpool punya player. pergi kerja/belajar, stress, kemudian problem selesai dan lega. and start all over again. dalam bahasa programmer kita cakap ada loop di setiap hujung coding kita punya life. { int t = 0; for (t = 1; t seumur hidup ; t++) } hidup umpama roda. buy a car to drive to work and drive to work to pay the car. bye now, aku ada life yang berpusing-pusing untuk aku harungi.

di saat topik perbualan utama hari raya anda bersama saudara mara ialah "dr sheikh muzaphar orang kampung kito" (hidup somban)

kalau kau, ya kau yang sedang baca ini, kalau ada terasa macam raya ini kurang meriah, aku ada jawapannya. setelah aku usha suasana hari raya tahun ini dapatlah disimpulkan bahawa raya tidak akan meriah jika kita tidak main mercun. jadi aku nasihatkan, pergi main mercun. barulah raya. beli mercun pop pop pun ok ape. atau ada orang panggil mercun bawang. mungkin sebab itulah lagu selamat hari raya versi 2 yang kita dengar hari ini tidak lagi menimbulkan mood raya macam dulu( baca: versi 2 iaitu rakaman semula untuk membuang verse dam dam dum bunyi mercun dan menambah suara kanak2 menyanyi mintak mak kuih sepotong ) jadi, mari main mercun, dan dengar lagu selamat hari raya versi pertama. Dam dam dum bunyi mercun Kanak-kanak segera datang berduyun Dam dam dum mercun berdentum Semaraklah hari raya ini tahun selamat hari raya!

LIV 0 - MAR 1

sibuk. minggu ini aku hanya berinteraksi dengan pejabat, kelas, presentation dan assignment. internet tak sempat nak bukak. aku bukak internet sekarang untuk jalankan tanggungjawab aku setiap minggu, download heroes, prison break, kami, gol dan gincu (finale) dan satu movie pilihan. tu jela hiburan yang aku ada. nak tengok bola, arsenal tak keluar tv. oklah, layan liver-fool menentang marseille. oh aku juga mendapat tahu seorang classmate aku yang dah jumpa aku di alam siber (friendster) dan ini tak bagus sebab aku kan lelaki misterius di kelas (cool kan bunyi). anti sosial. nanti lepasni diorang akan jumpa blog ni pulak. mungkin lepas ni aku kena tulis blog dalam bahasa arab atau parsi untuk classmate aku baca. aku boleh tulis karangan arab yang ditarget oleh cikgu aku dulu seperti berjudul pengalaman di pasar malam atau bulan puasa. "masuk pmr ni nanti ni" dia kata. malangnya, masa pmr keluar soalan karangan pasal kehidupan seharian. ini menyebabkan majoriti pelajar ( bojed

the science of sleep

ada beberapa golongan yang wujud dalam satu komuniti, yang boleh kita kategorikan sebagai jenis A, B, C, D, E dan mungkin F. apa yang aku mahu kata, mari kita jangan tergolong dalam kategori-kategori ini. kita buat liga kita sendiri. majoriti rakyat malaysia pergi sekolah. pelajaran mereka semakin lama semakin menjurus kepada satu bidang apabila pelajaran mereka memasuki level yang baru. dan apabila tamat belajar, mereka kerja. yang belajar engineering, jadi engineer. yang belajar achitecture, jadi architect. apa kata kita tak perlu jadi seperti ini. mari join liga di mana kamu semua harus mencari satu lagi x factor untuk melengkapi specialization yang kamu ada. pada setiap level dalam hidup, kamu semua sentiasa mempunyai satu lagi anak tangga yang perlu dinaiki. sebagai contoh pencipta mcdonald pada asalnya pandai membuat hamburger. bagaimana dia berjaya? dia belajar real estate. business sebenar beliau ialah bagaimana mencari potential place untuk franchise beliau, burger dia biasa j

duhai maha, siramilah.

Image
halo semua orang. hari ini saya telah merasakan sedikit kegembiraan sebab ada 'duit dari alam ghaib' yang tiba-tiba muncul dalam akaun bank saya. akibat merasa pelik, ape lagi saya pun keluarkanlah duit itu cepat-cepat. langkah pertama saya adalah simpan separuh duit itu ke dalam akaun lain. selepas itu saya telah membelanja emak saya rm 500 tanpa sebab. selepas itu saya main internet. aku telah jumpa satu benda yang kool selain daripada email untuk future(futureme.org) yang aku cerita haritu. morphthing membolehkan anda menggabungkan gambar wajah anda dengan orang lain. sungguh mudah, hanya perlu upload 2 gambar dan morph. aku telahpun menerai (mencuba) morph gambar jude law dan brad pitt, tiba-tiba hasilnya keluar gambar sebijik cam muka aku. pelik bukannn? haha contoh, aku+charlize theron♥=maknyah cun ok sebenarnya aku buat banyak gambar aku+si kacang♥ tapi takkan nak post sini pulak kan? poyo gila. layan sendiri sudaa. selamat mencuba!

apabila juadah sahur anda ialah bolasepak.

Image
sedikit mengenai champions league minggu ini. yang tak layan bola, pergi sambung kerja. cristiano ronaldo minggu ini pulang ke portugal untuk menentang kelab asalnya, dan menjaringkan gol. dia mengangkat tangan tanda meminta maaf kepada penyokong tuan rumah. apabila perlawanan tamat beliau mendapat tepukan gemuruh di Lisbon. sama seperti apa yang berlaku pada henrik larrson ketika beliau pulang ke celtic beberapa season yang lalu. peringatan: anda perlu jadi hero yang benar-benar kelas 1 untuk menjadi seperti ini. kalau tak, confirm dah kena boo atau baling botol macam rooney balik everton. mungkin lepas ni giliran Henry? di sini juga aku ingin selitkan gambar aku dengan Henry sekitar 2000 di Stade de France. siapa kagum, angguk tiga kali. tata.

kenapa masjid ada karpet merah? sultan selangor datang solat tarawikh.

kumpulan kami membuat satu case study mengenai sebuah syarikat yang dimiliki oleh Dato' Dr Fadzillah Kamsah, dan aku menyedari betapa syarikat ini mempunyai aset yang bernilai jutaan ringgit, iaitu fadzilah kamsah sendiri. itu kita panggil goodwill. macam david beckham yang bernilai kira-kira RM10 bagi setiap saat dia bernafas. atau mawi yang bernilai beratus ribu sebulan. "apa yang kami perlu tahu ialah apa itu asset, memilikinya, dan kami akan kaya?" "it's that simple" , rich dad jawab. "jika ia semudah itu, mengapa semua orang tidak kaya?" "sebab mereka tidak tahu beza antara asset dan liabiliti", jawab rich dad lagi. pergi cari beza asset dan liabiliti. apa yang aku boleh kata ialah, asset ialah apa saja yang boleh mendatangkan income. ok kepada kamu semua yang baca ini, pergi cari duit dan beli apa sahaja asset yang kamu mampu. apa jua jenis asset. lupakan handphone baru atau shit-we-dont-need yang lain. bila keluar, pakai baju b

lee chong wei menang, taufik hidayat kalah lalu meminum air tanda tak puasa.

Image
bagaimana puasa hari ini? aku harap kamu semua betul-betul dapat apa yang kamu cari di bulan Ramadhan, dan bukan hanya lapar dan dahaga. minggu ni boleh dikira sebagai minggu yang baik untuk aku, menyambut hari lahir si kacang, arsenal menang, berbuka puasa di kampung, investment berjalan lancar. dan, semestinya champions league dan heroes bermula. fuh nikmat sungguh. er, maksud aku benda nikmat di samping ibadah di bulan puasa. aku juga berasa janggal kerana tidak mengalami stress untuk beberapa hari, sebab lecturer aku cakap orang yang tak ada stress adalah orang abnormal. orang abnormal pun selalunya ada stress. aku tetap merindui LOST . siapa yang tak suka lost, pergi layan series lain, aku cadangkan cinta medik atau apa2 drama yang ada awal berlakon. sekian.

ramadhan, aku cakap. what's that? tanya thomas.

Mutawali merupakan classmate yang selalu menegur aku di kelas. mungkin aku pernah beberapa kali cakap arab dengan dia. jadi dia suka tegur aku. "kaifa haluk mutawali?" "haiya nazhabu ila hadikatul aghnam" "ana uhibbu aruz wa dujjaj" aku cakap kat dia. "aiwahh.." dia jawab. macam kamu semua selalu dengar dalam lagu yasin. aku suka borak dengan dia sebab banyak benda aku dapat. kalau lepak dengan budak-budak iran, biasanya aku belajar mencarut dalam bahasa parsi dan mereka belajar mencarut dalam bahasa melayu. kiri! aku dan mutawali berbual mengenai cara dia menyambut ramadhan di Sudan. dan bagaimana masyarakat di sana menyambut Aidil Fitri secara sederhana , Aidil Adha secara besar-besaran. di sana, biasanya mereka membeli seekor kambing hidup-hidup dan terus campak dalam bonet kereta.Bila sampai rumah, anak-anak diorang akan main2 dengan kambing tu untuk satu malam. dan esoknya, mereka sembelih dan makan kambing tu sama-sama. haha. selamat berpua

nin jiom pei pa koa

hari itu aku bagitau beberapa pelajar wanita kelas aku, 2 dah kawin dan sorang lagi dalam proses. aku cakap, mamat dari saudi tu hensem gila. lelaki arab ni, kebanggaan dia ialah macamana dia jaga jambang dan janggut dia, tambah aku lagi. mereka jawab, "kau gay." kepada orang lelaki semua, jangan sesekali sebut pasal kehenseman lelaki lain. dan semalam aku baru tau tok degawan yang nyanyi lagu dalam gila-gila remaja. p/s=satu lagi hari yang bosan di internet.

booth 15, Property & Home Exhibition, Alamanda Putrajaya.

ada satu teori yang kita panggil, work-life balance. teori ini membincangkan bagaimana work life dan social life perlu seimbang, untuk seseorang itu lebih maju di dalam kerjaya mereka. ini bermakna life aku adalah salah, secara teori. mana ada work-life balance kalau kamu bekerja dan belajar pada masa yang sama. tapi itu secara teori.teori hanya untuk jawab exam. secara realitinya, ia adalah jauh lebih teruk daripada teori. hari ini selepas sejam belajar di dalam kelas, kami mula bergerak ke sebuah tempat penternakan kambing untuk mengetahui lebih lanjut mengenai business ternakan kambing. kambing-kambing di situ diberi makan napier grass (aku tak tau ejaan betul dia), sejenis rumput yang mampu memanjang dalam masa yang sangat singkat. dalamlecturer aku kasi penerangan tu dengan selamba dia boleh makan sekali rumput tu. ada beberapa classmate aku juga cuba mengambil hati lecturer dengan buat2 berminat untuk rasa rumput tu.aku tak nak. biasalah, aku kan cool. tapi tiba2 sorg awek class

aku lapar. bagi aku makan.

maksud aku jiwa aku lapar. hidup aku dah tak ada hiburan. hanya sedikit internet di sebelah malam. itu pun yang ada hanya neraka, persetankan regret dan saharil . dan fantasy football . damn. aku dahagakan blog bermutu, live matches dan LOST.

so, do you like fat guy with no money?

perempuan cakap, lelaki kuat menipu. sebenarnya tidak.lelaki tak suka menipu.lelaki cuma suka 'menerangkan hal sebenar'. bila lelaki kantoi buat benda yang perempuan tak suka, perempuan akan membebel dan lelaki akan, bukan menipu, tapi menerangkan hal sebenar. faham? sebagai contoh.pada zaman dahulu, tinggallah seorang lelaki tua yang hanya bekerja mencari kayu api.aset yang dimiliki oleh beliau hanyalah sebilah kapak buruk.satu hari kapak beliau terjatuh ke dalam tasik.beliau berasa amat sedih dan kecewa. datanglah isterinya dan membebel " tula sape suruh mengelamun blablablabla " tiba-tiba muncul jin tasik dan memberi kapak emas kepada lelaki itu. " ini bukan kapak saya " jawab lelaki itu dengan jujur. seterusnya kapak perak dan gangsa. dan akhirnya kerana jujur, beliau mendapat kesemua kapak emas,perak, gangsa dan kapak milik beliau. tidak beberapa lama selepas itu, lelaki itu berjalan-jalan di tepi tasik itu bersama isterinya. tiba-tiba isterinya terjatu

mampukah apa yang kita bina hari ini membawa kita ke hadapan? selamat hari kebangsaan ke-50 dari petronas

iklan di atas adalah berbayar. hari ini aku dikejutkan dengan sebuah email yang sama-sama aku dan si kacang tulis pada tahun lepas, melalui laman web future me . masa tu aku dengan dia tengah buat praktikal.biasalah takde kerja jadi aku jumpa benda tu dan cadangkan dekat dia supaya menulis email untuk future.canggih kan bunyik dia? aku pun tak tau apasal masa tu aku boleh pilih 31 ogos 2007, mungkin semangat patriotik yang tinggi di dalam jiwa sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku tu. well. berikut ialah kandungan email yang baru aku dapat tadi.aku dah tak ingat langsung pasal benda ni.macam nak nangis bila baca ...(ok sila cakap aku poyo) (The following is an e-mail from the past, composed on Friday, October 13, 2006, and sent via FutureMe.org) Dear Future Farid Fadhly, nampaknya syg dh grad. i bet skrg ni dh bbrp hari/mggu sejak dpt ijazah tu. so, dh dpt keje blom? org rs mesti syg dh keje....sbb syg kan xsabar2 nk keje. lgpon b4 dpt ijazah tu syg dh keje kan. congartulations s

hujung bulan,

Image
semua graduan segar (fresh graduate) sekarang secara majoritinya mempunyai misi dan visi yang sama, tengah mencari wang. tahniah kepada kawan aku yang dah ada business ternak kambing kecil kecilan. kepada yang kerja dengan orang, selamat ambik duit gaji. yang tak kerja, selamat bekerja nanti, dan lepastu selamat dapat gaji. nah kamu semua, ambik duit ni. aku belanja. perhatian: 1) click gambar, kemudian right-click dan print. 2)gunting dan lekatkan bahagian depan dan belakang wang. 3)print 10 kali untuk wang bernilai RM100. jika mahu RM5000, kira sendiri. 4)kertas double A lebih afdal. selamat mencuba!

hari yang indah ialah bila kamu tidak perlu belajar dan boleh menonton bola sepak.

the last word on power. baru-baru ini lecturer aku telah menjemput seorang wakil dari MAS, untuk menceritakan pengalaman beliau selama 20++ tahun dalam syarikat tersebut. beliau mula menceritakan bagaimana MAS dulu dan sekarang. bagaimana MAS mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. bagaimana seorang lelaki bernama Idris Jala bertanggungjawab merombak semula MAS dan menyelamatkan syarikat tersebut. dan beliau melakukannya dengan satu sumber inspirasi- sebuah buku berjudul the last word on power. semua pelajar diberi peluang untuk membelek2 buku tersebut. "its a heavy book.takes time to finish it".dia cakap. aku pegang buku tu, tak berat pon.ringan je. (kamu semua, at least cuba senyum, aku buat lawak tu) aku tak suka baca buku..kalau setakat buku pelajaran tu...er..lagila aku tak suka. aku teringin nak baca buku.teringin je laa.. aku hanya suka baca blog dan surat khabar. walaupun ada orang kata apa yang kita boleh percaya dalam akhbar hanyalah keputusan nombor ekor. jadi aku

ayyo, onnodai intelligence pathu kannu koosadhu

aku tak faham macamana lecturer MBA boleh cakap selama 3 jam tanpa henti. tak nampak ke kau punya student semua buat kerja lain? hari ini waktu dalam kelas aku dah berjaya menguasai beberapa perkataan mencarut dalam beberapa bahasa seperti bahasa perancis, bahasa parsi dan bahasa rusia. aku rasa macam kool je perbuatan tu. (sebab tula aku tulis kat sini) di dalam kelas juga aku terfikir, kenapa lecturer bagi Master dalam pentabiran perniagaan, yang begitu hebat dan berpengalaman, tidak mentadbir perniagaan? kenapa dia jadi lecturer? apasal dia tak buat business sendiri? berapa banyak lecturer yang betul-betul mahu jadi lecturer pada asalnya? dan adakah anda betul2 tahu, apa yang anda mahu jadi? ok sila jawab semua soalan ini dan hantar pada saya minggu depan (ada gaya lecturer tak?) Jenny: Do you ever dream, Forrest, about who you're gonna be? Forrest Gump: Who I'm gonna be? Jenny : Yeah. Forrest Gump: Aren't-aren't I going to be me?

sejauh mana wireless rumah anda boleh mempengaruhi kehidupan seharian.

farid fadhly: pukul brape makan farid fadhly: lapar la pulak farid fadhly: 麥擱共啊~~ r k: pas maghribi farid fadhly: ok r k: kang mak panggil ya, kami sekeluarga berhubung melalui laptop dari bilik masing2 di rumah. *sigh

man u tersungkur.dan tidur aku mungkin lebih nyenyak jika arsenal menang.

Image
ketika aku menulis ini ,blog ini telah berusia 1 tahun 12 hari, dan selama itu jugalah gambar kat atas ni berada di situ. seorang pembaca setia blog ini* bertanya, "kenapa kau letak gambar tu?" pada hari ini, setelah 1 tahun 12 hari, aku nak cerita sikit pasal gambar ni. gambar ini adalah gambar seorang lelaki memegang payung yang sedang terbang mengikut flow.beliau juga sempat menarik tangan seorang perempuan untuk bersama-samanya. go with the flow secara mudahnya bermaksud - aku pada waktu ini ialah seorang pelajar master dalam business admin, juga memain peranan dalam business bapak aku secara part time, mempunyai seorang awek yang sudah bekerja yang perlu dijaga,menghabiskan masa di upm dan office, dan sedikit masa di hujung minggu untuk buat semua benda yang tak mampu dibuat pada weekdays. jadi 'go with the flow' di sini merujuk kepada segala keputusan,cara berfikir,tindak tanduk,personaliti dan ketrampilan haruslah dibuat berdasarkan situasi aku yang disebutkan

mengapa ubi jadi kayu, gigi sakit, pencuri kena tangkap dan perempuan mengandung.

sebab lambat cabut. p/s=arsenal menang lagi, dan man u the red devils masih kekal di dalam neraka. i sukeeeeeee.

aku tak suka siti nurhaliza. terutamanya kalau dalam talk show.

"so amacam siti skang dah kawen?" "siti dah gemuk skarang?" "siti mengandung ke?" "siti nak anak berapa?" "dato k bagi support tak?" "honeymoon?" hiburan,gossip dan puji-pujian. itu yang kita suka. tapi aku suka adlin aman ramli.dia pandai tanya soalan. "lagu apa yang dato k selalu request siti nyanyi sebelum tido?" err...menyanyi macamana tu? =)

lihat kampusku yang tenang. damainya alam ciptaan tuhan.

Image
ok pada pendapat aku meletakkan gambar sendiri di blog adalah keji. tapi setelah dirujuk akta blog bab 34: gambar konvokesyen takpe. entri ini diisi dengan gambar-gambar yang mewakili perasaan aku pada 12 Ogos 2007. melalui gambar-gambar ini, sila tulis karangan cereka dengan perkataan anda sendiri, tidak melebihi 2500 patah perkataan. tata!

EPL , konvokesyen , kayangan dan EPL.

Image
English Premier League telah bermula.Aku lebih looking forward untuk match arsenal malam ini berbanding konvo. Hari ini hari konvokesyen.Hari yang sepatutnya menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh aku. tapi feeling tu masih tak ada lagi.dah sampai sana nanti baru ada kot? bapak aku boleh ajak aku pergi tengok tanah ketika meeting semalam. aku cakap " lupa ke? " dia jawab " oo..ha ah..kalau macamtu ayah pergi sorang je la " takpelah, biar semua orang buat kerja yang semua orang suka. pagi2 lagi tadi dia dah keluar.jangan pukul 12 tak sampai rumah lagi sudah. filem kayangan sedikit mengecewakan aku.tiada kelainan seperti yang aku harapkan. permulaan filem ini memberikan sedikit harapan kepada aku di mana watak fazura , graduan human science , gadis Kuala Pilah ,yang tidak mahu bekerja di kota terutamanya KL kerana membenci kapitalisme. filem ini sepatutnya mengetengahkan watak fazura yang terperangkap dalam idealismenya sendiri. tetapi setelah berjumpa dengan anak-

blues malam raptai konvo

cinta itu love. aku cinta kau. aku rasa cinta bila kau telefon,aku jawab 'kejap lagi org call balik' dan kau merajuk. aku rasa cinta bila kau telefon masa balik kerja tapi aku dah tidur.dan kau merajuk. aku rasa cinta bila aku nak merajuk,kau tak pujuk tapi kau pulak yang merajuk , last2 aku yang pujuk. aku rasa cinta bila aku kutuk kau tulang dan kau kutuk aku capang. dan juga bila kau sepak aku sambil cakap "babita!" aku rasa cinta bila aku baling telefon sebab gaduh dengan engkau. tapi tak apa, sekarang aku dah pakai phone murah. tapi bila dah pakai phone murah,aku dah tak suka baling telefon lagi. sebab sekarang aku dah pandai , kalau gaduh dalam telefon, esok mesti kau baik balik dengan aku punya. cinta itu love. aku cinta kau. aku cinta kau,si kacang. p/s=esok kita baik balik kan?

negaraku..negarakuku

video 'negarakuku' yang disiarkan di youtube telah menjadi bahan bualan hangat semalam. mak aku pun dah pandai layan youtube , bermula dari semalam. kool kan mak gua? beberapa hari lepas mak aku tiba2 cakap , "mak teringinla nak tengok simpson movie.jomla temankan mak.." dalam erti kata lain mak aku offer aku jadi driver dia. maklumlah,tempat yang mak aku tau kat bangi ni cuma warta , billion dan restoran asam pedas. itu pun kalau jalan dari rumah.kalau dari tempat lain confirm dia sesat. memandangkan aku dioffer untuk layan wayang free, dan aku memang anti sosial sekarang, maka aku telah menyertai PMWBI (program-menonton-wayang-bersama-ibu) tersebut.. sesampai di mines sementara menunggu show bermula mak aku pergi masuk kedai kasut. disebabkan show nak start aku masuk kedai tu untuk panggil dia...kemudian 3 aweks jurujual tu tanya " makcik nak pergi mana nak cepat2 ni makcik?" "err..nak pergi tgk wayang..ni ha anak makcik ni la yang paksa makcik tema

ke arah kecemerlangan filem malaysia.

jikalau anda menonton FFM ke-20, anda dapat saksikan yang natasha hudson telah memenangi anugerah pelakon harapan wanita bagi file chermin .tapi yang ambik hadiah orang lain.dia tak datang. aku tau apasal dia tak hadir malam itu. aku jumpa dia kat seremban.gempak kan aku... mula2 dari belakang aku ingat orang putih mana yang tiba tiba lepak kat seremban ni.lepastu aku tengok dari depan...waa natasha hudson siut.. mari kita ikuti perbualan aku dengan beliau: aku: weh natasha hudson, po cito kau kek somban lak ni? natasha: ak ela..den memang orang somban..apola ekau ni. aku: mak aihh..sekampung la kito.. natasha: yola...den ni nampak yo camni..den org kampung yo.rumah den kek pilah. aku: la..orang pilah kosan eh...eh beburak ni raso koring lak tokak ha..jom poie minum jap.. natasha: elok bona la tu..buleh kito chill.. selepas itu aku dan natasha hudson melepak di kedai mamak sambil berbincang mengenai masa depan.. ops , baru aku sedar.itu aku berangan je.lepas aku nampak die tu..err

untukmu hasif ariff halim

hari ini aku ada feel sikit tak bestla. tapi aku tak tau pasal apa. sebelum ni aku ada baca atau tengok kat tv , ada orang yang jadi tak betul dan tak tau nak buat apa, sampai dia boleh gelak dan nak nangis dalam masa yang sama. dan aku baru buat macam tu sebentar tadi. adakah itu stress? atau temporarily insane? temporarily insane adalah bagus bila saat saat tertentu - macam kes seorang lelaki yang menikam isterinya di bahagian dada sebanyak 20 kali satu ketika dulu. beliau terlepas daripada hukuman kerana dipercayai ' temporarily insane'.orang siuman tak tikam isteri 20 kali. jadi kepada siapa-siapa yang mahu tikam orang , anda sudah tahu berapa tikaman yang perlu dibuat untuk terlepas dari hukuman. haha. berbalik kepada situasi aku tadi , mungkin benda tu berlaku sebab lawatan kelas aku ke sebuah company di midvalley dibatalkan dan kelas berjalan seperti biasa di upm. gampang betol.tak pasal2 kena buat assignment. atau mungkin, hakikatnya belajar adalah stress. untuk menghil

dan jamban manakah akan kau gunakan

Image
dah lama aku tak jenguk blog ini. aku tak tau nak tulis apa tapi kamonlah , ini kan blog. bila tak tau apa nak tulis , kita boleh letak gambar. atau lirik lagu. atau lagu. atau video. atau copy paste kan apa yang anda jumpa di internet. atau yang paling keji antara semua - celebrity look alike. orang melayu ramai dah perasan muka dia macam brad pitt atau chad michael murray. atau david beckham. aku rasa kalau david beckham main benda tu pon muka dia tak sama dengan david beckham. ok setelah memikir beberapa idea apa nak letak kat sini sebab tak ada apa nak tulis, di sini aku letak gambar rekaan jamban terbaru yang dah mula diletakkan di Houston. layann zasss.. ..nampak gempak je kan jamban ni dari luar.. camana pulak dari dalam? ya...dinding jamban ini diperbuat dari one way glass.. dari luar cermin..dari dalam kita boleh tengok orang kat luar...feel bukan?? ada brani?

why lawyers have lawyers.and landlords have landlords

memandangkan 4 kali percubaan untuk menonton transformers menemui kegagalan,aku telah menonton filem cinta yang satu. aku teringin nak tengok cerita sivaji the boss, yang mendapat kutipan 8 juta di malaysia. tapi orang cakap cerita tu tak ada subtitle. aku suka zulhuzaimi.dia pandai berlakon dalam cerita tu. ramai orang suka zulhuzaimi. tapi blog ini bukan blog zulhuzaimi happy weekend.

combien tu m'aimes?

akhir akhir ini aku dah tak ada mood untuk online. adalah beberapa kali layan ym. mungkin sebab tak ada benda lain yang aku nak surf selain goonernews, soccernet dan neraka . atau mungkin aku penat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. aku belajar dengan pakcik-pakcik. dan pak arab. petang itu aku minum dengan classmate aku bernama thomas , mamat yang berasal dari paris. memandangkan mamat ni french dan masih muda remaja aku mula bukak topik pasal bola dengan dia. "which football club u support in paris?" "PSG?" "i like henry he's my idol" "im an arsenal fan" dia tak menjawab soalan2 bola yang bertubi2 dari aku. di sini dapat disimpulkan bahawa topik bola tidak boleh digunakan sebagai medium berborak kepada semua orang. atau mungkin french tidak akan bercerita mengenai bola dengan bangsa asing. thomas tanya, "what kind of drink is that?" sambil tunjuk milo ais aku. "milo..err...chocolate" aku kata. "ive never s

malaysia - same old story

Image
Malaysia bertanding dalam Asia Cup? oh , mereka masuk ikut pintu belakang , dengan menjadi hos kejohanan ini. jangan terkejut kalau Malaysia boleh masuk world cup nanti, kalau kita boleh buat cara yang sama. peminat yang membanjiri stadium mengakibatkan tiket 10 hengget telah habis dijual menyebabkan aku terpaksa keluar rm20 untuk menyaksikan skuad harimau di-sayur-kan pasukan china dengan penuh lemah gemalai. hari ini dada2 akhbar dipenuhi dengan kata kata sindiran seperti: "tak makan nasi ke?" "Malaysia kena belasah" "anak buah norizan langkah kiri" "satu-satunya hos yang tewas pada perlawanan pertama" tapi dalam banyak-banyak , yang paling best ialah komen jurulatih China selepas perlawanan semalam, "saya merasa hairan bagaimana kami boleh bolos satu gol kepada Malaysia" ha ha.

UM -> UKM -> UPM

belajar adalah bukan sesuatu yang mudah. kepada pihak gsm upm , kawasan tempat letak kereta adalah sangat terhad, mungkin disebabkan kewujudan tempat letak basikal yang terlalu banyak. budak-budak U sekarang semua jaga imej , apa class naik basikal. pak arab bolehla. di kesempatan ini juga aku selitkan 'coding' untuk menaikkan hits blog ini dan sering menjadi search result di google. sungguh bijak pencipta source code ini. DAVI funny goal,Download Unlimited Mp3s, Million of Songs,2007, paul pott, britain's got talent, tna lockdown, playmate sexy boobs sexy and funny sexy and funny sexy o no sexy pantyhose sexy vids sexy actress Racheal Smith Miss usa rachael smith tennessee lace sexy latina fuck Whitene hot wild chiks erotic sexy guys sexy sheer sexy vids sexy older women all sexy asian sexy boys sexy topless sexy gallery sexy shoes sexy ecards sexy girl sexy clothes sexy clothes sexy hot Shakeela kamasutra Hot Scene Green Day, Pussycat Dolls, Fall Out Boy,Guns N Roses, Rol

gua lapar beb.

pada malam itu, meeting di bandar sri permaisuri berakhir pada pukul 9. masa hendak pulang aku lihat orang ramai berpusu pusu menyerbu sebuah warung. aku tengok warung tu jual nasik lemak dan macam2 lauk. aku tanya, "apa special bang?" "nasik lemak ayam dara..ayam single lagi takde anak" "ok bagi satu" , jawab aku dengan nada seorang pelahap. boleh tahan harga dia. sampai sekarang aku kempunan ayam dara....dara lagi beb...nyum nyum... oh dalam perjalanan pulang aku dengar lagu yang paling best dalam dunia,nyanyian ahli fikir rasanya. 2 kali 5 sepuluh 5 kali 2 sepuluh 8 campur 2 sepuluh 2 campur 8 sepuluh sama pandai sama bodoh quack quack quack quack. ok chow.

sudahkah kau meminta pada tuhan?

5 perkara yang aku hajati: lulus master tanpa extend. kumpul duit banyak-banyak supaya dalam setahun dua aku boleh meminang anak dara orang. jadi businessman yang berjaya. semua projek (bapak) aku berjaya & berjalan lancar mintak 20 permintaan lagi kepada jin lampu atau genie in the bottle , jikalau encik jin sedang melayari internet dan kebetulan singgah ke sini, saya amat berharap bahawa encik jin dapat menunaikan hajat saya ini. segala kerjasama dari pihak encik jin didahului dengan jutaan terima kasih. sekarang zaman IT , aku rasa semua makhluk dah pandai main internet. mungkin jin-jin dah boleh beli domain sendiri seperti www.jinlampu.com . mungkin dia orang boleh jual services dia orang dekat situ.kalau yang lebih up,encik jin tersebut bolehlah membeli domain seperti www.jinlampu.biz yang siap menawarkan marketing plan & sistem yang bagus , boleh jadi skim pelaburan cepat kaya di internet. upline downline sideline semua happy. orang melayu boleh cepat kaya. p/s=jangan ses

Perginya seorang bullshit.

Image
pada awalnya title yang ingin aku letakkan di sini ialah 'perginya seorang wira' tetapi akibat dipengaruhi nafsu amarah dan kekecewaan , ia bertukar menjadi perginya seorang bullshit. biasalah tu. sebab tu orang tua-tua cakap bila marah, diam. bagi aku peminat Henry tak patut kecewa sebab pemergian henry adalah yang terbaik untuk beliau.. sebabtu orang tua-tua cakap jugak,"kadang-kadang kalau kau sayang dia...lepaskanlah dia pergi" ok macam tak ada kaitan. henry , 1999 - 2007 great goalscorer & scorer of great goals. kami tak akan lupakan jasa anda kepada english football.(macam aku orang england pulak) selamat jalan arsenal talisman. "olympic sprinter." "thierry-fic!" "catch him if u can." "hail king henry" Au revoir , Thierry.

mari membeli belah.sekarang mega sale!

Image
hari ini , mak aku tegur. "mak tengok kau punya baju dengan seluar ni..tak ada gaya korporat langsung.orang ingat nanti kau ni office boy je" aku pergi pejabat pakai selipar. kasut aku tinggal dalam kereta , bila perlu pakai baru aku pakai. mungkin sebab tu kot mak aku cakap camtu. atau mungkin mak aku saja nak ajak aku bawak dia shopping. di sini mari kita rujuk frasa "engkau adalah bukan pekerjaan engkau" dalam entri dulu-dulu. bermaksud , adalah salah jika seseorang individu menjawab soalan seperti: "dia tu siapa?" "oo..dia tu doktor...hebat tuu." lebih kurang juga dalam kes ini. dalam fight club , Tyler Durden juga menyebut, "engkau bukan apa yang engkau pakai". ini bertentangan dengan budaya kita. orang melayu biasanya mengalami situasi seperti; "dia pakai selekeh la...mesti isap dadah" "smart gile mamat ni...join luxor ni" "takde janggut la dia...tak maskulin langsung" "janggut lebat semacam..tab

real madrid , 10 minit terakhir dan juara.

traveler = prison break+lost. traveler - mengisahkan 2 sekawan yang telah terpaksa lari dari polis (prison break).Pada masa yang sama mereka mengalami pelbagai misteri (lost).Cerita ini juga diselang selikan dengan flashback (lost). cerita ini menarik tapi aku punya feel kacau sebab dia banyak mengingatkan kepada cerita prison break dan lost. apa kata kalau malaysia buat series macam ni. barula orang melayu tengok cerita melayu. contoh: Datin Diaries + Prison break cerita ini mengisahkan datin2 yang telah difitnah oleh orang orang jahat dan kemudiannya kena lari dari polis. faktor pemilihan aktor adalah sangat penting. mungkin bole pakai mawi. oh , tahniah mawi kerana menjadi personaliti kedua dunia yang meletakkan dirinya di syling emas , selepas elvis presley. ya mawi , bukan spielberg , bukan oprah atau tiger woods. bye-bye.

la tahzan ! Innallah bihima.

1. "apa yang anda suka mengenai singapura?" "singapura adalah sangat bersih.kawan saya ini (sambil menundin ke arah kawannya) tidak suka mandi. jadi benda paling kotor di Singapura pada waktu ini , ialah dia." p/s=mamat ni kelakar. 2. aku masih muda dan mentah. sekarang aku bekerja dengan bapak aku , buat kerja2 yang biasanya bapak aku buat. masa belajar dulu aku dah mula buat kerja2 mcm ni , bapak aku jumpa orang ni orang tu pasal bisnes dia..lepastu aku duduk tersenyum simpul dan kemudian tunjuk ic dan sign. ini kerana company bapak aku pakai nama aku. aku adalah 'boneka' company itu. aku adalah 'boneka' bapak aku. cuma bezanya , kali ini aku kena jumpa orang , sign agreement depan lawyer sorang2. bapak aku dah tak ada. aku tak biasa dengan angka juta-juta. aku tak biasa buat keputusan sorg2. kalau keluar soalan macam , "kalau dalam masa satu tahun company ni ada hutang 1 juta , En Farid kena tanggung, ini risiko dia" aku hanya mampu jaw

ditegakkan hasrat rakyat kita.

Image
seorang lelaki pernah berkata , Pengiklanan membuatkan manusia mengejar kereta dan pakaian .Manusia mula melakukan sesuatu pekerjaan yang mereka tidak suka , supaya mereka dapat membeli 'tahi yang mereka tidak perlu' (shit they dont need) jadi aku buat kesimpulan di sini bahawa , aku dah kerja , jadi aku seharusnya memikirkan apakah 'shit i dont need' yang pertama yang harus aku beli. ini ialah kerusi osim. pada hari minggu yang lepas ,aku dan ah cong pergi membuang masa. aktiviti membuang masa adalah sangat bosan dan memenatkan , dan kedai osim adalah tempat terbaik yang boleh anda lawati. aku cakap yang aku mau carik hadiah fathers day. padahal aku baca banner "fathers day promotion" yang bersepah dekat kedai tu. amoi tu promote habis habisan. mula2 aku try kerusi 8,000. lepastu up yang 13,000. yang 13,000 boleh taruk mp3. amoi tu cakap bole letak lagu peter pan.tapi aku cakap dekat dia aku suka lagu arab. "aneh sungguh kamu ni" amoi tu kata. ah co

malaysia bagus

orang arab cakap malaysia baik. orang malaysia suka tawaf kidei. orang malaysia suka melontar. (tawaf kedai , melontar ringgit) bila ada duit lebih ,orang malaysia habiskan. bila jumpa kedai "everything 5 riyal" , orang malaysia suka. atau kedai "any one 2 riyal" orang arab cakap malaysia baik. oh, ada kedai yang nama dia lagi special , "everything 2,4,6,10 and above riyals" ps=john locke hidup balik daa...

hipokrasimu

aku tidur pukul 6 pagi tadi, selepas menyaksikan kekalahan liverpool di final. orang man u kata , " lebih baik kalah semi daripada kalah final ". orang liverpool kata , " lebih baik masuk final daripada tak masuk final ". hari ini aku rasa aku mau tulis panjang2 dekat sini disebabkan hari ini secara officialnya aku telah meninggalkan ukm.meninggalkan kawan kawan.meninggalkan alam mimpi. aku tulis entry ini dengan laju , jadi sila baca dengan laju. (bak kata mikon) sebelum berangkat pulang ke seremban hometownku syurgaku , aku salam kawan2 seperjuangan yang sedang menghabiskan sisa2 hidup sebagai student ukm. ada yang pesan nak mintak keja dengan bapak aku. ada yang suruh aku doakan supaya dia rajin sembayang. ada yang suruh aku doakan dia supaya dia kawin cepat. lega jugak bila aku dah chow dari situ.. dah tak ada C++ , java yang perlu aku fikir. tiada 3dml dan tiada Flatland Rover. tiada model baka atau psikodinamik. tiada lagi metodologi dan kajian kesusasteraan.

tahyul

Image
mak aku adalah seorang wanita pesimis yang gemar kepada benda benda tahyul. mak aku suka layan member dia yang suka menurun. hari itu member dia menurun..dan bagitau mak aku yang adik aku kena kawin dengan anak no3. dan mak aku suruh adik aku carik balak anak ke-3 keesokan harinya. aku cakap, "die kene putus cinta 5 kali dulu , baru boleh jumpa anak no3 tu" mak aku , "apasal kau cakap mcm tu" aku bagitau yang aku boleh menurun jugak. tapi malangnya mak aku tak layan. atau mungkin aku patut tukar ayat awal aku tadi kepada: mak aku percaya kepada benda2 tahyul kawan dia yang menurun tu bagitau sahaja. selamat hari ibu mak.(tahun ini aku lupa nak wish dekat dia) p/s; adakah muka aku sama seperti asyraf sinclair?

bab 3 : mimpi dan alamat

semalam gua jumpe antu. gua tanye hantu tu... "kau ni mmg betul2 ade ke ni? ke aku mimpi je ni?" hantu tu cakap kat aku..."this is real dude" aku tak ingat die cakap apa sebenarnya..main type je tu.. pastu aku jalan2 lagi..terjumpa la pulak dengan kawan gua iaitu ah cong. tiba2 ah cong cakap kat gua bahawa exam gua mantap...4 flat tuuu. gua tanye ah cong... "kau biar bena woi..sekali aku mimpi je ni.." ah cong bagitau yang ini bukan mimpi.. disebabkan gua tak puas hati gua tanye lagi skali. "ni bukan mimpi kan?" ...lepas tu aku terjaga...mimpi rupanya. cirittttttokompostrakosotosss

bila viva berakhir..

hari itu aku tengok semua orang buat muka serius. cuak sungguh. kalau ada yang senyum...turn dia dah lepas la tu. aku kena present final project aku depan 5 orang lecturer. tunggu turn dari pukul 2 sampaila pukul 6 dahla aku tak makan dari pagi sebab goyang.. sambil2 tunggu turn tu sempat jugakla aku mengunyah keyboard pc makmal sebagai tanda kebulur.. ada kawan aku yang dah keje time present tu. bolela belagak kat lecturer.. "saya dah keje ni..ni pun mintak cuti half day sebab nak viva ni.." aku tak pakai skill tu. aku pakai skill..."company tu mmg dah nak belila project yang saya buat ni" ok kepada kawan2 yang pergi interview tu good luck la... dan tahniah kepada yang dah keje tu. "...You're not your job.you're not how much money you've got in the bank. You're not the contents of your wallet. You're not your family, and you're not who you tell yourself.... You're not your name.... You're not your problems.... You're not y

takziah

aku berasa sangat sedih dan kecewa dan bengang sebab seorang kawan aku baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. takziah kepada john locke.. yang meninggal dunia pada lost season 3 episode 20.. tamat sudah watak yang aku agung agungkan selama ini... john telah dibunuh oleh ben dalam perjalanan pulang dari berjumpa jacob , orang yang paling berkuasa di pulau itu. " Well, I guess there's a first time for everything. " -john kepada ben , selepas ben memberitahu tiada sesiapa yang boleh berjumpa jacob selain dirinya. bye bye john locke.

hantu? mana hantu?

Image
oleh kerana kami terpaksa melepak kat ukm ni tanpa hala tuju untuk beberapa minggu lagi... maka malam itu... kami telah membuat satu program kembara amal. atau nama tidak rasminya merayau di dalam U berjalan kaki di sepertiga malam. dulu2 pun cikgu aku selalu galakkan kita orang buat macam ni. tapi tu beribadah di sepertiga malam la, bukan merayau-rayau. dalam ramai2 , aku yang paling goyang..sebab setiap tempat yang kitorg jalan adeje cerita dia.. seram tuuu... tapi aku rasa kalau orang lain nampak kitorg , diorg igt kitorg hantu.. di bawah ini ialah hasil penemuan entiti yang tiba tiba muncul sebelah aku dalam gambar aku malam itu. seram kan..kan... kelihatan makhluk halus itu tersenyum ke arah kamera...jangan biarkan hidup anda diselubingi.....misterii....

oh! oh!

Image
petang itu mereka semua bergembira.seperti biasa. aku nampak diorang semua enjoy betul exam dah habis. aku pun enjoy jugak. maklumlah lepas ni dah tak ada exam lagi. mungkin semua orang dah kerja lepas ni. lepastu dah tak bolela nak enjoy2* dah.. lepastu dah tak selalu jumpa dah. lepastu kalau jumpa pun kadang2 je. lepastu kalau jumpe pun..aa..macam tu jela.. lepastu...aaa...lepastu... petang itu mereka semua bergembira.seperti biasa. p/s=enjoy di atas merujuk kepada aktiviti bermain k****** kawan dan usha ******* kawan dan perkara perkara keji yang lain.tak ada gaya nak dpt ijazah lgsg.

semalam aku main permainan teka movie

jika orang bertanya, watak apa yg paling aku suka aku akan jawab pak atan dan mak inom pak atan dan mak inom ialah sepasang suami isteri yang bahagia. (rabun) mak inom: "makcik dah tak bagi lagi dah pakcik kamu ni makan sebarang..semua nak kena jaga. husin: "yela kan..makan semua nak kena control" pak atan: "queen control" (sepet) "i dengar orked dah ada boyfriend" "ha ah..dengan budak cina." "hah..budak betina? pengkid?" "bukanla..budak cina..cina.." "mana u tau ni" "yam bgtau i" "apasal dia bagitau yam..tak bagitau u" "thats the way she tell me without telling me lah." (gubra) "i takutla kalau u mati..mesti i merana" "i lebih suka kalau u yg mati dulu" "hah?" "biar i merana..jgn u yg merana" pada penutup filem mukhsin , akhirnya aku dapat saksikan kemunculan pak atan dan mak inom yang sebenar , menyanyikan lagu hujan. sungguh menyentuh peras

oh.

si kacang berasa sangat tension dengan exam dan final projectnya. aku suruh dia buat slow2 tapi dia ckp "susah" dan "tak boleh". aku kata kita harus percaya yg kita boleh buat. aku kasi dia satu cerita : ada seekor makhluk yang hodoh.bernama yoda. yoda menghabiskan beribu-ribu tahun untuk melatih seseorang menjadi pahlawan. dan seorang pahlawan haruslah dilatih sejak dari kecil. berbeza dengan seorang bernama luke ,dia dilatih semasa dewasa. ini mendatangkan beberapa masalah kepada yoda untuh melatih beliau. yoda bertanya kembali kepada luke , adakah anda benar2 ingin menjadi pahlwan jedi? luke : i try. yoda: try not.do or do not.there is no try. yoda kemudiannya menunjukkan ke-power-an beliau. luke: i cant believe it. yoda: that's why you fail. kesimpulan: janganlah masuk ajaran sesat jedi.

sesat

jika berjalan jalan, aku tidak suka sesat. hari itu futsal telah diadakan di futsal king , bukan di tempat biasa dan aku ala2 sesat jugakla mau pg sana. tapi , saharil kata sesat adalah satu benda yang bagus. kau akan jumpa sesuatu yg baru bila sesat. kau akan belajar bila sesat. kau hanya mengulang benda yang sama bila tidak sesat. sesat dalam cakap-orang-putih ialah LOST. LOST juga adalah sebuah siri tv di mana sekumpulan manusia yang telah LOST dalam hidup mereka , telah berkumpul di dalam sebuah kapal terbang. mereka juga telah LOST di sebuah pulau di mana kapal terbang ini telah terhempas . tetapi. hidup mereka tidak lagi LOST selepas itu.mereka telah mendapat hidup yg baru. sebagai contoh John Locke ialah seorang lelaki tua yang bekerja di sebuah kilang kotak , masih bujang dan menjalani hidupnya di atas kerusi roda.Dia tidak mempunyai sesiapa. di pulau tersebut , beliau telah menemui hidupnya - boleh berjalan seperti biasa dan menjadi salah seorang leader yg baik. Locke: "I

si kacang lempengnya hangus

semalam adelah tak ada orang untuk join gua tgk bola. jadi macam biasalah gua ajak si kacang. sesampai di mapley beliau tido dengan pelbagai aksi menarik. walaubagaimanapun saya berasa amat terharu kerane beliau sanggup menemani. arsengal mcm biasa beraksi di bawah par dan ini membuatkan aku x kesah kalau kalah game tu. tapi. bukanlah dengan scrappy goal di minit ke 90+1. shilake. p/s: sile klik sini kerana owner die sangat kool.

aku dan makhluk ghaib.

Image
kesian betul blog ni. jarang dah aku jenguk die. hari itu kawan gua iaitu makhluk ghaib (amar) telah mengalami kemalangan dan dikejarkan ke wad icu (sila baca dengan nada terkejut) kami berasa sangat sedih. dan peringatan , merokok di kawasan hospital boleh didenda rm2000 dan penjara 2 tahun. sekian.